Saturday, August 07, 2010

Thanks Nuffnang !! Cek kedua dah sampai..

Hye korang! hari ni, bromine berseri-seri sangat sebab cek kedua dari nuffnang dah sampai. Walaupun jumlah tak seberapa, namun bromine rasa memadai dan lebih dari apa yang patut. Sebab dengan menaip entri, ajak member masuk baca blog je, dah boleh menjana wang. Actually cek ni macam earning bromine sepanjang bromine bercuti semester dua bulan lepas. kira ok la. Cuti-cuti pun menjana kewangan. Untuk pengetahuan korang, time cek first bromine tu, rasanye dalam pertengahan Mei 2010 kowt. Bromine tak publish entri pasal tu sebab gambar cek tersebut hilang dari simpanan. Tak tahu kemana. Puas dicari dalam folder yang berlambak-lambak dalam enset ngan lap top ni. Bukan tak mo tulis, tapi orang kata tak best kalau tak tunjuk tanpa bukti. Btw, dapat la sikit kan. So, ni kira pendapat kedua buat bromine bersama nuffnang. Thanks Nuffnang. Ko memang terbaik! Haha.
(baca seterusnya..)

Friday, August 06, 2010

AKASIA-EPILOG SYURGA CINTA DI TV3

Hye korang! Kali ni aku nak kongsi ngan korang drama terbaru kat TV3 ni. So, korang boleh la tengok sampai lebam.Epilog Syurga Cinta. Cerita ni rasanya adaptasi dari filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham dibarisi pelakon seperti Awal Ashaari,Heliza AF5 dan Adik Muhamad Hadziq Hazem. Buat kali ni, TV3 menayangkan pula Epilog syurga Cinta yuang pastinya memberi impak buat peminat-peminat drama Malaysia.

Epilog Syurga cinta menampilkan pelakon seperti Zizan Nin, Fida & Adik Mia Sara.
Konpem superb..hehe

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

p/s: dulu boleh nak download dengan menggunakan link je..sekarang tv3 lebih secure la.. kena masuk website dorang dulu www.tv3.com.my . kedukut kan..hehe
(baca seterusnya..)
Related Posts with Thumbnails