Saturday, July 24, 2010

3 Minggu Yang Agak Sibuk

Hye korang! Lama dah aku tak update blog ni. Lepas Portugal kalah dalam world cup aritu, langsung tak berupdate. Bromine merajuk? Mana ada la. 2 hari lepas match tu, aku terus balik U la. Kena balik awal dari orang lain. Nak kena settle pasai pendaftaran pelajar baru. Banyak yang perlu di uruskan dan banyak aktiviti yang perlu kitaowg anjurkan untuk pelajar - pelajar baru ni. match world Cup yang selpeas tu pun, asyik tengok kat kedai jerk. Berhujan kat kedai semata-mata nak tengok bola. Kalau kat rumah tu, tak payah nak berebut-rebut cari tempat duduk or pape. Tekan je button on. Agak sedikit seksa la. Dah la match lepas tu, semua pukul 2.30 pagi. Dan SPAIN la juara. Lambat sangat ke aku uar-uarkan ni. Lantaklah, ni semua satong Paul tu punya pasal. Haha. Ok, tutup citer pasal world cup yang agak mengecewakan tu dengan kecundangnya Brazil dan Jerman. Ramalan sotong bromine pun tak betul. Oh! Germany! Hehe



Dalam 3 minggu ni, macam-macam benda yang berlaku dan aku buat. Dalam seminggu 3 hari aku balik awal dan 2 minggu bermulanya kuliah. Tapi sebenarnya takde ape yang best or yang menarik untuk diceritakan. Cuma jadual kuliah untuk semester kali ini agak memenatkan. Kalau sebelum ni kelas bermula selalu pukul 10 pagi or kadang 12 tengah hari, kali ini unutk semester 5 wajib bangun pukul 6.30 pagi untuk ke kuliah pada pukul 8. Rata-rata kuliah terletak kat Kampus Tetap UniMAP kat Ulu Pauh. So, kalau perjalanan menaiki bas selalu mengambil masa 40 minit gak la unutk sampai. Kalau naik kapcai aku tu, mau RM3 jugak la minyaknya. Tu pun sebelum kenaikan minyak yang diumumkan baru-baru ni la. Huhu. Parah,parah. Walaumacamanapun, kena terima jugak. Demi mengejar cita-cita. Last sem kat sini kan. Lepas ini akan ber'latihan industri'(LI). Tempat pun tak cari lagi ni. Sabar-sabar la dulu. Mintak-mintak semua akan ok la. Just ada 2 tempat je bermain kat fikiran aku. Petronas Fertiliser kat Kulim atau TNB kat Ipoh? kat Petronas of coz la RM500 sebulan. TNB? Free of charge. Hehe. Pilih la bromine oi.........




Hey kau ni bromine, Final Year Project (FYP) pun ko tak taw nak wat pe lagi, sebok nak g LI. Apala kena anasib aku ni, time aku tulis ni sebenarnya aku kena tukar project FYP aku. Tajuk yang aku dapat sebenarnya iaitu High Voltage Breakdown tester For Electronic Components agak susah dan bahaya. Bayangkan la nak jana elektrik sebanyak 2 kV. Bapak la, kena memang hangus la aku. rentung. Haha.

Rasanya takat tu je aku nak kongsi cerita ngan korang. Memang takde mood sebenarnya nak taip entri, tapi ku gagahi jugak. Demi taknak blog kesayangan aku ni bersawang or bersemak-samun. Hehe. Ok, Tata.

0 komplen dari rakan-rakan:

Related Posts with Thumbnails