Thursday, June 24, 2010

[UPDATE]SPONTAN MUSIM 2 [episod 3]


Hye korang! Tetiba rasa nak post pasal gameshow yang sedang ditayangkan kat Astro Warna Saluran 132 ni. Kalau ikut daripada musim lepas, gameshow ni adalah yang terbaik dan paling banyak rating dari kalangan banyak-banyak gameshow yang ada kat Malaysia ni. Kalau nak tengok gelagat pemain-pemain gameshow ni memang superb abis. Terbaik sangat! Tambah-tambah dulu kalau ada Arwah Din Beramboi dengan Zizan ni. Dorang la yang memeriahkan gameshow ni. Mari kita sedekahkan Al- Fatihah untuk Arwan Din ek..




Actually kepada yang tak tahu, gameshow 26 episod ini berkonsepkan program pementasan secara bersahaja berdasarkan situasi yang diberi diserikan lagi dengan kehadiran barisan selebriti komedi popular selaku pemain utama seperti Afdlin Shauki, Douglas Lim, dan juga para pelapis pelawak berbakat besar tanah air yang dicungkil melalui program realiti Raja Lawak Astro seperti Zizan dan Nabil. Gameshow ini juga turut menampilkan seorang selebriti yang akan dijemput khas untuk bergandingan dengan barisan pemain utama bagi melakonkan situasi yang diberi untuk setiap episod. Antara selebriti jemputan termasuklah Harith Iskandar, Noorkhiriah, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Angah Raja Lawak, Bob Kuman, Aziz M. Osman, Harun Salim Bachik dan Riezman Khuzaimi. Dengan mengekalkan Sharifah Shahira sebagai pengacara, gameshow ini bakal menyaksikan keletah dan gelagat para pemain melakonkan pelbagai sketsa yang perlu diolah secara spontan berdasarkan empat buah permainan atau segmen yang berubah setiap minggu secara rawak. (sumber:mstar)





Bagi mengenang jasa serta sebagai tanda penghormatan buat Arwah Din Beramboi yang pernah menjayakan program Spontan selaku barisan pemain utama dalam musim pertama, turut mewujudkan episod pertama untuk musim kedua ini khas kepada Arwah yang telah banyak mencurahkan idea dan pengisian menarik untuk memikat hati para penonton demi menjayakan program ini. Untuk episod ini, pemain akan bermain tiga buah permainan kegemaran Allahyarham iaitu Pemberita Berkepala Tiga, Beku serta Demonstrasi.Musim ini juga akan diadakan buat pertama kali Pingat Din Beramboi yang mana pemenang untuk setiap episod bakal memenangi Pingat Din Beramboi iaitu pingat istimewa yang berbentuk lakaran komik wajah arwah Din Beramboi. (sumber:mstar)

Yang berkesempatan untuk tengok, tengok la ea. aku kalau duduk kat rumah mesti tengok gameshow ni sebab aku memang minat hasil nukilan Afdlin Shauki ni. Aku kalau duduk kat U, memang download je spontan ni kat www.syok.org .

p/s: Penuh emosi ni taw taip etri ni. Semua ketentuan takdir. Bukan ape, just rindu sentuhan dye je. Huhu



UPDATE!!
LINK DOWNLOAD UNTUK SPONTAN MUSIN DUA

RAPIDSHARE-  

EPISODE 1

EPISOD 2


EPISOD 3

Pakai rapidshare lambat sikit. Kalau ada link untuk Mediafire, nanti aku update lain. Khas untuk bukan pelangan Astro Warna. Terima kasih kat TEAM ARYZS .

14 komplen dari rakan-rakan:

loyar lawa said...

yeahhh dok uum tengok spontan sampai pecah perut dok gelak.. tup tup din beramboi ninggal dunia....

bRoMiNe_aJe said...

pecah perot?? g ospital tak? cian kat LL kita ni..huahaha

hans said...

aku suka spontan season 1
sebab arwah lawak gila
tambah2 waktu part dia dalam Demonstrasi
lucu gila
aku rindu lawak arwah
al-fatihah

HonEyBuNNy said...

heheheh...dgn spontan ja gelak..ahhah...al-fatihah..

m a h e y r a said...

al-fatihah .
semga rohnya dicucuri rahmat .
amin

bRoMiNe_aJe said...

ramai yg teringat akan arwah.. sama-sama la kita sedekah Al-fatihah untuk arwah..

nas said...

ak baru aje tgok citer spontan siri lpas2 3 minggu lpas...pasal ader hoese mate ak asyk gelak2 mengilai tatkala malam kerana ketawa tgok citer nie...ape agy,tros ak downloads..ahahaa...nice..arwah mmg antara daya penarik citer nie..ehehe...

fideila said...

before ni pun pernah tgk spontan. memang spontan habis.huhu.

raja download kkf said...

ang ni xreti tul lar.. cr lr link mediafire.. mudah sket nk download...
cpt2 cr link mediafire.. rapidshare xleh resume download..

bRoMiNe_aJe said...

oi raja donlod..sedap2 ja kata tak reti..klu dh da,dh lama kowt aku letak..ngok!..huhu

raja ownload yg ensem said...

aahh.. ak xkira.. ak sja mlas cr.. ang cr lr yg mediafire.. hahahaa.. ngokkk.

bRoMiNe_aJe said...

mn da lg la..klu da,aku dh letak la..huhu

akuzle said...

salam, bro... dlu sy smpt tgk japs 'spontan' neh kt astro warna. pastuh adik ipa sy x subscribe lagik (umah sy x der astro).... pendpt sy, hanya yg benar2 talented jer bola beraksi dlm spontan neh.... & depa2 sme sudah membuktikannyer... kt ntv7 dlu ader 'actorlympics'... mmg besh.... ala2 malay version of 'who's on line is it anyway'.... pnh tgk x?

akuzle said...

sory, silap eja...mentang2 tuan pnya belog minat bola... terus 'bole' jd 'bola' yea?? ehehheheh....

Related Posts with Thumbnails