Wednesday, June 02, 2010

SEJARAH JUST BROMINE



Hye korang! Entri kali ni nak kongsi macam mana wujudnya blog ni dan bagaimana mula-mula aku boleh minat nak menulis blog ni. Kira ni mengimbau masa lampau la kan. Sebab aku tak pernah terfikir pun nak menulis untuk tatapan umum. Kalau buat karangan kat sekolah pun, mintak maaf la nak bagi kawan-kawan baca. Kalau boleh cikgu-cikgu yang menanda pun aku tak bagi baca tapi dah terpaksa kan kena la bagi baca gak. Haha

Actually, blog ni mula aku buat time aku first year kat UniMAP. Time tu, Aku amik subjek yang berkenaan dengan ICT. Walaupun agak jauh menyimpang dari course yang aku amik kat situ, iaitu Electrical Engineering tapi subjek tu wajib ambil untuk bergraduat. So, nak tak nak kena la amik. Time tu kami ditugaskan untuk menyiapkan satu blog persendirian tapi mesti berkenaan dengan kejuruteraan ICT kat Malaysia ni. Entri-entri yang lain juga turut dibenarkan termasuk la pasal diri sendiri. Tema dan warna blog adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing. Still ingat lagi time tu, aku punya la bodoh pasal blog-blog pe suma ni, main taram ikut kemahuan sendiri je. Suka hati aku je letak. Rasanya time tu, layout aku kaler merah kalau tak siap. Man.U la katakan. Guna layout pun, guna yang klassik je, janji blog orang cakap. Nak buat hebat-hebat sangat time tu pun, masing-masing tak taw lagi. Markah untuk blog ni rasanya 10% kot dengan present 5%. Total 15%. Aku dapat B+ je untuk subjek ni. Maybe carry mark aku rendah sangat kot.


www.meordee.blogspot.com


Haaa.. Itu la URL yang aku gunakan dulu. Bagi nak memudahkan lecturer aku nak check, dye tetapkan la URL untuk kitaorang. Macam aku nama meor so memang letak meor la kat situ. And then, DEE tu. Maksud dye Diploma Of Electrical Engineering. Itu aje. tapi sekarang URL tu dah ditukar dengan URL yang ada sekarang. Takkan la nak pakai URL yang agak huduh tu kan. Hehe


Kenapa JustBromine?


*Gambar tu ehsan cik google ea

Maybe korang tertanya-tanya kenapa aku letak blog title aku as JUSTBROMINE. Tiru blogger paling terkenal kat Malaysia ke? Ala, si Khai empunya blog Justkhai tu. Disini aku nak bagi tahu yang ini memang betul-betul kebetulan. Dari penceritaan yang ada kat atas tu, title blog aku time tu pun kalau tak salah Just Meor. Then aku tukar sebab rasa cam pelik. Seterusnya,terus ke nickname yang aku guna sekarang. Segala entri yang lama-lama, yang aku publish time buat mula-mula dulu semua aku delete. Dan korang boleh tengok entri first aku menggunakan URL yang baru dan first entri aku disini. Sebab ape, sepanjang time tu, aku tanamkan dalam tu hanya nak menulis pasal hal berkaitan aku dan tidak untuk orang lain. Tapi lepas tu ada jugak kan. Haha. Dan time tu aku tak penah kenal top blogger ni. Lepas aku mula-mula berjinak-jinak baru aku kenal top blogger ni. Itupun melalui Oh! Tidak. Sebab apa Bromine?Sebab nama itu unik. FULLSTOP


Iklan-Nuffang




Walaupun aku mula berkecimpung dalam dunia blogging pada 16hb November 2008 (kalau ikowt first entri), aku tak pernah kenal Nuffnang, Innity atau Adverlets time tu.Maybe time tu aku still tak taw boleh buat macam tu dan boleh menjana pendapatan. Hanya sekadar suka-suka untuk berblogging.

Untuk pengetahuan korang, aku mula berjinak-jinak dengan iklan ni pun pada 10 Januari 2010. Tengok, betapa lama aku ambil masa iaitu dekat setahun lebih untuk mula berjinak-jinak dengan iklan. Bila fikir-fikir balik, rugi rasanya tak letak dari setahun yang lepas.Itupun atas desakan dari rakan-rakan aku dan dari pembacaan aku di banyak blog yang dah terkenal.


Give-Up




Tipu kalau aku cakap yang aku tak pernah putus asa dalam berblogging ni. Aku just dapat 75 sen je dalam first week aku. Dalam hati aku cakap, nak buat ape klu 75 sen je. Lepas tu, aku stop untuk berblogging dekat sebulan rasanya. Kadang-kadang je aku update blog. Ada pada satu tahap tu, earning aku tetiba mencecah RM 37.75. Terkejut beruk aku. Giler la weyh. Maybe member-member aku kat kolej yang tolong klik kan. Maklum la, aku buat promotion URL blog aku kat skype. So, banyak la yang tolong klik. Thanks kawan-kawan.
Angka RM 37.75 tu tak berubah sebulan lepas tu. Maybe aku terlampau sibuk untuk update dan member aku dah jemu kot untuk klik-klik ni. Ingat! Time tu takde langsung blogwalking-blogwalking ni. aku stand alone je taw.


ADAMAYA




Kalau la korang sebut pasal ADAMAYA mesti kadang-kadang aku rasa sebak sikit kot. Keyword ni la yang menyebabkan blog mendapat trafik yang agak tinggi pada time tu. Keyword ni jugak la yang buat aku lagi semangat untuk ber'blogging'. Bayangkan dalam sehari aku boleh dapat traffik 800-1200 unik sehari. Tak pernah aku jangka, aku akan dapat sebanyak itu untuk sehari. Maybe pada blogger yang dah terkenal, setakat banyak tu dorang petik jari je kan. Tapi buat blog aku yang boleh dianggap bilis itu dah cukup mengembirakan hati. Dan sebab tu jugak aku dapat Buffered Earnings yang aku ceritakan jugak pada entri lepas. setakat catatan ni ditulis, aku dah dapat 4 kempen untuk Buffered Earnings. Satu benda yang diluar jangkaan aku.


Rasanya itu je la kot yang aku nak kongsi setakat ini. Yang lain memang aku buntu, dan aku rasa aku tak ingat apa-apa dah. Huhu..
Apa-apa pertanyaan tanya kat komen eh....

Pssst: Baik korang baca buku sejarah dari baca sejarah blog ni. Mengarut je. Bukan masuk dalam peperiksaan pun kan. Dan takde pun soalan bocor kan sini. Huhu

21 komplen dari rakan-rakan:

TTT said...

nama bromine mmg unik :)
chaiyok3!!!

Nurhadi Zainol said...

ang taw tak aku suka bila ang blog. heheh sebab dari sini aku dapat taw cerita2 pasal ang. perkembangan ang. dan aku bangga ada kawan macam ang (^.^)!! teruskan blogging. ur getting great with it.

Loyar Lawa said...

kumen incik hadi tak leh blah....hahhahaaa

ngeeee cayalah bromine...keep it up..
sungguh sadis dan menyayat hati entri neyh....sob sob sob

Nurhadi Zainol said...

=.=" ala dayah ni tak bagi chance langsung! haah itu dalam erti bahasa lain komen aku tu kalau nak di mudahkan bahasanya jadi macam ni :

"meor aku rindu kat ang"

hahahah tapi cam gay sangat ja ayat tu. tu yang buat ayat panjang2 tu! HAHAHAHHA!

bRoMiNe_aJe said...

hahaha..korang ni..

ayat incik hadi tu membawa maksud yang mendalam la..

rindu jugak kat incik hadi...

haha

Nurul Harun said...

heeee. mcm2 yg jadi sepanjang berblog kan.. kadang2 tu rs cm nak putus asa pun ada. mula2 je excited.

tp nurul putus asa bukan sbb income nuff sikit, tp sbb mcm x ada org baca belog nurul. hahaha. :)

salam kenal ya bro.

bRoMiNe_aJe said...

tak pe la nurul..orang tua-tua kata, pelan-pelan kayuh... nak dapat banyak sekaligus memang la susah..

M a W a D D a H said...

hi..

unik name bromine itu... :)

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.
rilek ye, mr bromine!
saya mula blog pun 2008 tp x kenal pun menda yang macam2:nuffy tu pun tahu da lambat.

from zero to heroin laa.

bRoMiNe_aJe said...

Mawaddah : unik ke?? dlm byk2 tu jugak pilih kan..pelik2 btol sy ni..haha


balqis: ok la tu sekarang dah kenal kan.. go go heroin!!

Miss Rouge said...

bromine bukan macam nama chemical/element ke? ingat kan sbb wat EE sbb tu pilih nama bromine nih :P

bRoMiNe_aJe said...

betol la tu miss rouge..tu yg sy ckp dlm byk2 chemical/element, bromine yg sy pilih..huhu..

buat EE? tak berapa faham maksud kat situ...

Loyar Lawa said...

ooo i c bromine. ingatkan bromine neh penyanyi kelasik orng puteh rockers ke...muahahhahahahahha... EE tue kan singkatan....

bRoMiNe_aJe said...

singkatan untuk apa cil LL?

MiSs TOrA said...

tora tertye3 gak nama bromine ni mskd pe tp x pe da d jwb pn..sgt unik hehe

bRoMiNe_aJe said...

huhu..da jugak tulis kat komen.. salah satu elemen/chemical dalam kimia.. tapi da sejarah gak nape nama tu diambil..len kali story ek..hehe

Willyo Alsyah P. Isman said...

kunjungan tengah malam..sambil baca2...kunjung balik ya..

bRoMiNe_aJe said...

ok bro!!

Loyar Lawa said...

lerrr ape la sendri taip sendiri lupa. nama blog sendri n cos sndri plak tuehhh...hahaha

meordee= kan ade ee,

ee=EE=electrical engenering.

hahahhahaa nampak sngt tak suka itu nama blog dulu punya

ferouk al-kouya said...

aishh..ok pe nme tu..
huduh ape plak..

lect pilih url ke??bgusnye..lect aku wat donno je..klas pun x msuk..hahaha..susah oo EE..

>thankz xchange banner blog x kisah
sme2lah tukar idea..hehehe..

syahrilhafiz said...

erm bromine..ok gak tu tak macam aku nak egosurfing..ahaha..
takde lah aku pun dulu guna bdk SkemA untuk BS tapi sekarang pakai WP tukar nama sendiri la untuk Langkah Tercipta...hehe

Related Posts with Thumbnails