Monday, June 28, 2010

JERMAN BAKAL JUARA WORLD CUP 2010?


Hye korang! tetiba kali ni, aku nak bercakap pasal kebolehan pasukan Jerman. Rata-rata pemai pasukan Jerman pada Piala Dunia kali ini merupakan pemain muda yang digilap. Nama-nama seperti Mesut Ozil dan Lucas Podolski menjadi sebutan pada Piala Dunia baru-baru kali. Dengan corak bermain pantas dan serangan balas yang agak konsisten, tidak mustahil untuk Jerman menjadi juara untuk World cup edisi kali ni.



Mungkin faktor bola Jabulani keluaran Adidas yang menjadi buah mulut para pasukan yang bertanding yang menyatakan bola yang direka khas untuk Piala Dunia kali ini agak teruk speanjang zaman, menjadi faktor kemenangan Pasukan Jerman. Mana tidaknya, kilang Adidas pun di Jerman ye tak? haha.. Mungkin bola ini sudah sebati dengan pemain-pemain Jerman. Brazil awal-awal lagi telah memberi amaran bahawa jika mereka tidak menjuarai World Cup 2010 pada edisi kali ini, ini merupakan faktor kelemahan bola Jabulani itu sendiri. Jurulatih England, Fabio Capello menyifatkan bola Jabulani ini merupakan bola yang paling teruk direka sepanjang zaman. Pandai-pandai la korang fikirkan sendiri.

Selain itu, para pemain Jerman telah menunjukan semangat juang yang tinggi dah menghasilkan yang agak menarik untuk ditonton. Salah satu gol yang menarik oleh Mesut Ozil pada perlawanan menentang Ghana pada peringkat kumpulan.






Berbekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia kali ini, tidak mustahil pasukan tanah air Hitler ini untuk menjadi kenyataan.


Soalan:Bromine kata sokong Portugal??
Jwpan: Berpijak pada bumi yang nyata ok.. Ukur baju di badan sendiri. Kita tahu dah setakat mana sesuatu pasukan itu. Lain lah kalau pasukan itu,Pasukan Malaysia.. Akan ku sokong sehingga akhir hayat. Haha

Entri ni sebenarnya dah draft lepas Jerman menang semalam. Baru petang ni nak publish. Teringat kontest kat Denai Hati kata boleh tukar pasukan. Nak tukar ke?? Bukan la niat nak tukar sangat, tapi dh bagi peluang kan.. Hehe Thanks Denai Hati. Kawan-kawan bloggers nak join jom kita join. Kontest berlangsung sehingga 28 Jun 2010 pukul 11.59 malam. Hehe.

Pssst: sekadar ramalan bromine je. tapi bromine bukan bookie bola sepak ni taw!! haha Yang lain terserah la pada Allah SWT

5 komplen dari rakan-rakan:

BezBuddy said...

germany rockss!hehe

bRoMiNe_aJe said...

yeahhh!!

Anonymous said...

yayyyy!!!!!
tapi netherland da banyak point..
leh menang ke lawan argentina?
hukhuk..

marina said...

yayyyy!!!!!
tapi netherland da banyak point..
leh menang ke lawan argentina?
hukhuk..

perondajaketbiru74 said...

brazil pasti juara....

Related Posts with Thumbnails