Monday, June 28, 2010

Gol England Yang Dinafikan


Hye korang!! Aku baru lepas tengok perlawanan pusingan kedua antara Jerman lawan England je, berkesudahan dengan Jerman menang 4-1. Aku tak nak mengulas sangat pasal kemenangan besar Pasukan Jerman. Tapi apa yang aku pertikaikan ialah keputusan pengadil pada minit ke 40(kalau tak silap aku la), yang menafikan satu gol sepakan oleh Frank Lampard yang nyata betul-betul masuk dan keseluruhan bola melepasi garisan gol. Mungkin kalau gol tersebut diterima, semangat para pemain England akan membara kerana pada masa itu England mengasak pintu gol Jerman bertubi-tubi.
                     *mungkin ini apa yang dilihat oleh pengadil dari Uruguay tadi..Haha
 

Apa yang aku pertikaikan kat sini, mutu pengadilan yang ditunjukan pada World Cup 2010 kali ini. Terlalu banyak layangan kad dilakukan seolah-olah pengadil hanya menunjukan kuasa dan mahu dipandang tegas. Dimanakah perlawanan menarik yang patut ditonjolkan oleh setiap pasukan yang bertanding. Kadang-kadang, keputusan yang dibuat pengadil tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh para pemain termasuk layang kad merah terhadap Microslav Klose sewaktu Jerman menentang Serbia pada 19 Jun yang lepas. Inikah mutu pngadilan yang FIFA tonjolkan?? tepuk dada sakit dada. Haha.

Sedang main facebook tadi, ada plak page pasal gol England yang dinafikan ini.. Leh usha kat sini. Cari-cari la jugak video gol england yang kontroversi ni dalam youtube, takde la orang upload lg.. Hehe. Kalau tak, leh share kan. Hehe.

Pssst: Bila la agaknya wakil pengadil Malaysia nak beraksi?? Hai la Subkhiddin, pegawai perlawanan keempat lagi la nampak gayanya. Hehe.

8 komplen dari rakan-rakan:

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

ya lah..dah gol tu..
abis player eng teruih moral down.. sampai german boh 4 biji pon dah malas nak kisah..

bRoMiNe_aJe said...

btol2..
tak sepatutnya ref bertaraf dunia buat mcm tu..

xazryx said...

mase world cup 2006 dulu pon same gak .referee suke bagi kad .hampeh .

bRoMiNe_aJe said...

tp kali ni lagi dasyat..haha.. agak2 la kn tiap2 edisi, dorang pnya aim akan tambah bilangan layang kad ye tak..haha

hudhud said...

bkn gol je. hand, offside dr player germany, sume ref buat bodo ! badigol punya ref n linesman ! grrr !

fndrocka said...

subkhidin ni bila nak jadi ref..asik angkat signboard pertuakran pkayer jee

Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar

bRoMiNe_aJe said...

@hudhud: btol2..mutu ngadilan yg trok..huhu

@fndrocka: ntahla..selalu klu nak ref kena da 2 ref dr negara yg sama untuk setiap match..haha

[ "Fun"hans ]™ said...

peh..
lepas kes ney...
akuh rase mcm da putus harapan nak tgk FIFA kali ni...

wuuuu....

;DD

Related Posts with Thumbnails