Saturday, May 29, 2010

# KENA TAG OLEH MIZ MIZA#


Salam korang! Sedang aku asyik blogwalking tadi, tetiba plak teringat aku kena tag ngan Miz Miza Yusof kat sini. Tadi time dye tulis yang aku kena tag kat shoutbox aku cadang nak wat malam tadi. Biasala manusia ni cepat lupa. Ni dah ingat kena la cepat-cepat buat, japg kowt lupa plak. Haha.

Dalam tag tu plak puji layout blog aku. Kembang la gak skit. Haha. Lawa ke? Mekacih. Aku tengok macam biasa je kowt. Just aku pilih layout tu pun sebab hijau. Hijau ni boleh merilekskan otak. Sebab tu la, papan hitam time sekolah rendah dulu kaler hijau. Baru rasa nak tukar layout, tengok orang puji plak. Tak jadi larh. Haha.

Enough pasal layout. Entri ni bukan nak puji kau la wahai encek BROMINE tak sedar diri!! Muahaha. Nak cakap pasal tag la. Kan dah mengarut-ngarut. Huh~ Ok, kta tengok ape yang ditanya....

Adakah anda rse anda hOt?
Hot?? Maggi hot cup ada la.. Muahaha

Ble kali terkhir sy mkn pizza?
B4 exam kowt. Ngan kengkawan.

Lgu terakhir yg sy dgr?
Teenagers - My Chemical Romance.. Ringtones hp aku lorh~

Ape yg anda wat slaen menyelesaikn tag ni?
Of coz blogwalking...

Slaen nme sndri, anda dipnggil nme ap?
tu je la kowt. Bromine ni nama kat blog je.

tag ag 8 org.
Byk tol.. ok la..

1.LL
2.BELL
3.DJ
4.Caprianne
5.Nas
6.Roslinda
7.Miz Tora
8.Blabberina

Siapakah org nO 1 kpd anda.
LL: merupakan wanita yang menyinari hidup saya..eh, yeke?? tak la..dye tu sedare aku ok.. kreatif,bijak berfikir dan pantas berfikir..aku solute kat dye! dye terbaik!

Katakn sesuatu mengenai org nO 5.
Nas: tah la..aku tak berapa nak kenal sangat dye ni. tapi kat komen entri aku kat sini dye ada komen.. dye da tulis dye baru dapat RM1 dari nuffnang. Kawan-kawan blogger yang len, tolong dye eh.

nO 3 ad hbungan ngn spe?
Sis Dahlia:ngan anak buah dye kowt nama Ninin asenyer. Besday dye sama ngan aku. Hehe

bgaimne pula ngn nO 4.
caprianne: Tah la.. Satu malam tu, mengarut-ngarut ngan dye sebab tah leh tido.Kitaorang masuk blog masing-masing komen. Baik chatting kat ym kalau camtu. tambah trafik katanyer. hehe

Pesanan buat org nO 6.
Roslinda: selalu-selalu jenguk blog sy eh.. hehe

Kta2 cinta utk org nO 2.
Cinta? Bell oh bell. Aku cinta pada duitmu.. bagi skit boleh?hehe

Adkah nO 7 & 8 mempunyai persmaan?
Ada kowt.. Pompuan..huhu

Berikan 5 yg anda tau ttg org yg men-tag anda.
Aku tak kenal sangat dye ni.. yg taw nama dye Miza Yusof je la. Nanti nak berkenalan ngan lebih lanjut..hehe..kowt leh buat calon isteri..

Perasaan anda wat tag ni.
hepi-hepi je..


p/s: YANG KENA TAGGED JANGAN TAK JAWAB LAK TAW! PENAT AKU CORETKAN KAT SINI. HAHA

(baca seterusnya..)

Thursday, May 27, 2010

Dilemma & Kenyataan Ustaz Mengenai CROCS

Haluuuuuuu!!! Mungkin tajuk pun korang dah jemu untuk baca sebab hampir semua blog menceritakan mengenai kasut jenama CROCS yang begitu digilai oleh ramai lapisan masyarakat terutama golongan muda. Untuk pengetahuan korang, aku pun perlu bincang & menyampaikan dakwah yang ada untuk memperbetulkan fakta yang ada supaya akidah sebagai seorang muslim tidak terjejas mengenai hal ini. Dah menjadi satu trend untuk setiap golongan muda untuk mempunyai sekurang-kurangnya sepasang kasut berjenama CROCS, tak kiralah yang original ataupun yang ciplak/fake. Ye la, kalau pegi kat mana-mana tempat pun, berlambak-lambak kasut ni terjual. Kalau kat Ipoh ni, semestinya Gerbang Malam or TKK. Yang original dah tentulah harga dya melampau-lampau kan. Bayangkan la, harga macam selipar bawak g jamban tu pun dah harga RM100++. So, yang tak berkemampuan or kurang bajet, yang ciplak/fake jadilah. Janji ia satu trend, Rite?..




Mengenai lambang buaya darat atau logo untuk CROCS ni, seperti gambar diatas sukar untuk aku membuat kesimpulan sendiri. Maklumlah, aku bukan pakar dari segi ini dan kursus yang aku pelajari tiada kaitan langsung mengenai hal ini. Hehe. Adakah ia merupakan perbuatan yang disengajakan atau kebetulan?

Bagi pendapat aku, yang jahil tentang agama ni, aku rasa ini merupakan satu kebetulan. Berdasarkan research dikebanyakkan blog-blog, ternyata logo tersebut di'edit' sedikit untuk menampakkan buaya yang ditebalikkan itu mirip perkataan ALLAH SWT. Lagi satu, kita sebagai seorang muslim/muslimah tidak seharusnya melatah dengan dakwaan yang sedemikian. Seorang muslim/muslimah yang baik menjaga solatnya, tingkah lakunya dan amalan yang dilakukan cukup dan memenuhi kehendak syariat. Itu merupakan pendapat aku, korang plak macam mana?


*SUMBER: FACEBOOK OH! MEDIA


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Hasrizal dari saifulislam.com . Korang boleh faham tak ape yang ustaz tu nak sampaikan? Pandai-pandai la korang menilai.


p/s: aku dapat satu kasut CROCS hadiah arijadi hari tu. Tak pakai pun lagi. Takpe, janji tak was-was untuk pakai. Hehe


(baca seterusnya..)

Wednesday, May 26, 2010

Nuff oh Nuff !!


Hye korang! 3 hari aku sebok buat macam-macam. Bz je memanjang kan. Tah la. Badan-badan pun sedikit sakit-sakit dan rasa malas-malas je ni. Gagah je pun ni nak tulis entri baru. Sepanjang 3 hari ni pun, kunjungan ke blog aku semakin menurun. Maklum la kan, blog aku ni bukan la blog femes macam blog TTT ke, JUSTKHAI ke or Ben Ashaari mahupun Denai Hati yang korang dah rata-rata kenal kan. Kalau tak ber'blogwalking' turun la dengan mendadak analytic kat blog ni. Thanks pada korang yang menyumbang traffic untuk blog ni eh.

Kali ni aku nak cerita pasal nuffnang je. Kat blog aku ni, takde pun letak mana-mana iklan selain nuffnang. Advervelets pun tak, Innity apatah lagi. Hehe. Aku takde la nak cerita ape sangat just nak nak tunjuk analytic,referal ngan keywords DLL yag blog aku dapat itupun aku dapat daripada akaun di nuffnang. Itu semua sebagai kajian untuk diri sendiri.


Analytic


Ni merupakan analytic untuk blog aku sepanjang minggu lepas. Kat gambar tu pun dah tertunjuk tarikhnyer kan. Tengok sepangjang 3 hari lepas. Makin lama makin menjunam je. Tapi still ok lagi dengan bantuan kawan-kawan bloggers yang berkunjung walaupun aku tak melawat blog dorang. Thanks sangat!.

Came From


Kat gambar kat atas itu menujukkan dari mana pengunjung blog aku datang. Of coz la yang banyak dari Malaysia sebab blog aku ni bukan blog international. Bahasa pun guna Bahasa Malaysia. Dari yang boleh kira dibanggakan juga la, ada jugak dari negara-negara lain contoh seperti diatas la seperti USA,India,Russia,Australia dan Indonesia. Dengan bilangan peratus yang agak sikit, aku rasa dorang ni tersesat la kat blog aku. Haha.

Keyword


Kat atas tu perkataan yang digunakan untuk ke blog aku. Normal la, keyword untuk ADAMAYA melonjak walaupun cerita tu dah habis 2 minggu lepas kan. Aku just kongsi link je, dapat la korang donlod. Tetiba rindu time musim ADAMAYA tu. Traffic aku untuk ADAMAYA melonjak naik dan sebab tu jugak aku dapat Buffered Earnings. Macam gambar kat bawah ni dan aku try untuk maintain benda ni.





Untuk gambar kedua plak, blog TTT pun tersenarai. Maybe dorang usha untuk gambar untuk kontest yang TTT buat kowt.

Rasanya tu je yang aku nak kongsi mengenai blog aku ngan korang. Blog bilis je kan. tapi rasa happy sangat kalau menulis dan ada orang baca dan komen. Haha. Maklum la aku sekarang ni penggangur. Borink plak bila cuti semester ni. Bila tak cuti rindu sangat kat rumah. Pelik-pelik la aku ni.

p/s: nape tak tunjuk earnings yang dapat? Segan la. Income kita kan. Jadi secret kita la. Hehe. Tapi xla banyak, tak sikit sangat. Bagi hint plak tu.


(baca seterusnya..)

Saturday, May 22, 2010

KARTUN - BEST ATAU TIDAK?

Hye korang! First nak ucap terima kasih kepada semua yang wish untuk besday aku ek dalam entri lepas. Thanks sangat-sangat. Aku dah pun berumur 20 tahun. Mintak-mintak la lagi matured bak request dari kawan-kawan aku kan.Hehe. Eh,tersasul lebih pulak pasal besday. tak abis-abis lagi ke??Haha.

Actually entri ni pasal kartun. Korang tak tau kartun ker?Ala yang macam muka korang tu la. Haha..Gurau-gurau je eh.. Dari zaman sebelum tadika,masuk darjah satu hingga darjah enam, sekolah menengah dan sekarang kat U pun aku still tengok kartun. Ape la yang best aku pun tak taw.Haha. Tapi genre kartun yang aku tengok di setiap peringkat umur aku agak berbeza. Contoh kartun yang aku tengok time kecik-kecik dulu macam Ultraman,Tomato Man,dan ada lagi la lagi yang aku tak tau masuk ketegori kartun or tak macam Power Rangers,Cyber Cops DLL. Negara yang banyak keluarkan kartun-kartun macam ni of coz la Jepun kan. Kreatif betul orang-orang Jepun ni kan. Hehe.

Aku just nak review pasal kartun yang aku tengok sampai sekarang yang aku rasa tak jemu untuk aku tengok walaupun dah agak besar panjang. Haha. Selalu aku tumpang adik aku la tengok padahal aku yang tengok lebih dari dorang. Haha. Tapi kartun yang aku tengok sekarang ni agak mencabar dan menceriakan hidup aku. Let's go!


1. Detective Conan


Kartun yang aku rasa agak menarik la. kartun ni ber-genre penyiasatan. Banyak kes yang diselesaikan yang tak dijangkau oleh akal aku sendiri. Selalunyer kalau aku tengok Detective Conan ni, aku akan cuba untuk menyelesaikan versi aku sendiri. Haha. Kadang-kadang langsung tak tepat pun. Diakhir kes selalunya dia akan bago pengajaran atau moral of value untuk setipa pembunuhan yang berlaku.
Setiap kartun mesti ada yang tak logik kan. Itu normal untuk setiap jenis kartun. First, setiap kali pembunuhan mesti si Conan tu terlibat secara langsung.Polis iaitu Inspektor Migure yang terlibat pun sama walaupun tempat tu berada jauh.Macam satu Jepun dye yang handle kes. Kedua, Penyiasat Mouri mesti tertido sebab Conan yang selesaikan kes menggunakan suara Mouri. Bila dye dah banguhn,takkan la dye tak tanya kawan-kawan kan. Pastu berbangga lak macam dye yang selesaikan kes. Pelik la. Haha.




2. Hagemaru



Kartun ni plak kartun yang boleh diketegorikan lawak. Lebih kurang lawak bodoh la. Mengisahkan keluarga Hagemaru, yang agak kedekut dan macam-macam yang dorang akan buat untuk berjimat.Serius lawak agak boleh tahan la. Hagemaru ini juga boleh tahan la bodoh dye.



3. Ninja Boy Rantaro

Ini pulak kisah 3 orang pelajar sekolah ninja. Ketiga-tiga pelajar yang agak bodoh dan lembap. Selalu kena ngan cikgu-cikgu dorang dalam usaha nak jadi Ninja yang berjaya. yang paling best, pengetua sekolah ninja ni seorang perempuan yang dah tua. Macam tak layak je jadi pengetua. Tapi tetap hebat. Haha.

Itu je la kowt kartun-kartun yang aku rasa yang cambest tak buat hidup aku lebih bermakna.Ape punya ayat la aku ni kan. Kartun je pun. Haha.

p/s: Time tulis entri ni tetiba terpikir sal azam umur 20. Nak jadi lagi matured. Pastu tulis entri pasal kartun pulak. Patut la orang kata aku tak matured. aduhhhhhhh!!!



(baca seterusnya..)

Thursday, May 20, 2010

20 TAHUN MENITI KEHIDUPAN - SELAMAT HARI JADI!!


Hari ini 20 Mei 2010. Ini merupakan entri first aku mengenai hari jadi aku. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan oleh-NYA untuk hidup selama 20 tahun. Esok,lusa siapa tahu kan. Pada pukul 6 pagi waktu Malaysia,20 Mei 1990 lahirlah seorang insan bernama bernama Meor Faizzudin. Aku lahir kat Perak. Sape-sape ada orang Perak x??hehe.. Menurut mak aku, time aku lahir, kedua-dua kaki aku agak sedikit bengkok. So, aku memerlukan pembedahan kecil untuk memperbetulkan balik kaki aku. Berulang alik la mak ngan ayah aku dari Perak ke KL demi kaki aku ni. Bila dengar cerita, sedih la plak bunyi.sob3.. Tapi sekarang aku dah macam orang len taw. Berjalan,bermain, berlari dan ape-ape la aktiviti yang lasak semua aku buat. Aku bukan cacat ok??haha.. Sekarang aku bercuti semester dan tiap tahun bila besday aku,aku akan berada di rumah. So, aku terselamat dari balingan air najis,telur,atau sebagainya yakni air-air yang busuk yang amat agak keterlaluan. Tapi itu merupakan salah satu cara budak-budak di U aku nak celebrate besday kami yang lain-lain. Bila dah kena, mandi la sepuas-puasnya malamtu.bau tak yah cakap la,hanya Allah saja yang tahu.Tetiba teringat,nape la diorang tak beli kek ke,g makan-makan KFC ke,men boling ke,atau apa-apa yang boleh menyenangkan hati. Tapi soalan tu,telah terjawab sendiri. Takkan la nak buat semua itu.Sebab semua gaya keperempuanan. Nampak macam poyo la ape la..Tah la,aku pun sendiri tak paham. Lelaki kan..Ego je lebih..Kah3. Ok juga rasanya buat camtu. At least, kawan-kawan tahu tarikh besday kita dari kawan yang wat 'derk' dan tak ambil peduli langsung pasal kita kan.


Tetiba je nak flashback gambar dari aku kecik sampai la aku besar.

Gambar kat atat time umur aku 2 bulan..time dah di'simen'..cian aku kan.



Ni time umur aku setahun lebey.. kaki pn dah bukak 'simen' dan berjalan seperti orang biasa..



Time ni umur aku 8 tahun.. Tu la komputer first kami sekeluarga. time tu kan, pakai Windows 98 rasanya..yang aku taw time tu, main game FIFA'98,Jackpot ngan game yang skiing tu..Actually, ayah aku punya untuk dye wat kerja..haha


Time ni aku Form 4..aku dok hostel time ni..jambu je muka aku kan..haha



Ni time sekarang la..beberapa bulan lepas..haha..pagi-pagi nak g kuliah, sempat lagi posing..



Ni pun time sekarang.. FEStKUM '09 kat UKM..

Thanks buat Mak & Ayah aku yang berjaya mendidik aku hingga aku 20 tahun ni..Tak lupa juga, buat semua rakan-rakan yang wish besday aku tak kira la di YM,Facebook,Twitter,Blog,Shoutbox blog,SMS or sebagainya..

Doakan aku panjang umur ea!!!


p/s: dah besar tak reti-reti nak matured ke encek bromine??kedengaran ayat tu!! hehe..

(baca seterusnya..)

Tuesday, May 18, 2010

Download Evolusi KL Drift 2

Sumber: Abg Kus dari www.syok.org

Kepada yang tak sempat nak g menonton time keluar kat wayang aritu,leh la sedut ea..
Dibintangi oleh Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Remy Ishak, Shaheizy Sam, Hetty Sarlene dan ramai lagi. Cerita yang agak menarik.

Part 1 Part 2 Part 3

Cara-cara

1. Download ketiga-tiga part..
2. Dah abis donlod, join menggunakan HJ SPLIT. takde HJ SPLIT?Download sini atau sini. Tak reti nak guna?? klik sini..

p/s: 1. Digalakkan download menggunakan Internet Download Manager(IDM).. takde IDM??
download disini..
2. Semua link download adalah perkongsian dengan sumber lain. Sebarang masalah & kemusykilan amatlah di kesali..huhu
(baca seterusnya..)

Monday, May 17, 2010

Update Software Nokia 5800XM ke versi V 50.0.005



Salam korang! Tetiba hari nak share ngan korang pasal Nokia 5800 ni yang aku rasa henfon paling besh setakat ni. kalau nak dibandingkan harga dengan Blackberry or i-phone dengan harga yang agak keterlaluan, rasanya NOKIA 5800XM ni memenuhi kehendak korang. Kepada korang yang tak tahu, Nokia 5800 ni boleh update software firmware. Kepada yang tak paham, lebih kurang camni la contoh dye. Aku amik contoh PC or notebook korg la, nak tukarkan perisian Windows Vista kepada yang lebih update or latest seperti Windows 7. Lebih kurang camtu la bunyi dye. Kira banyak gak la, benda-benda yang kat dalam tu yang memudahkan pengguna. Bila korg dah tukar ke versi yang paling latest. Korang akan menikmati satu keadaan bahawa satu transformasi terhadap henfon korang(ayat power konon)..haha.. Ada 2 cara untuk update software ni.. Make sure bateri korang full ek time nak wat..

Cara Pertama

1. Dail *#0000#
2. Tekan options
3. Tekan Check for updates
4. Tuggu dye restart..


Kalau ikut pengalaman aku la, cara pertama ni jadi kat hanya henfon yang keluar bulan 11 tahun 2009 n keatas je.. Bagi yang model bawah daripada tu, terutama Model yang kaler merah tu, aku suggest korang ikot langkah kedua ni..



Langkah Kedua

Apa yang perlu ada?

1. Nokia Software Updater. leh donld kat sini.
2.
Nemesis Service Suite. Download kat sini.
3. Cable nak sambung dr henfon ke komputer korang
4. bateri henfon yang fully charge, Tapi time connect pun leh charge.

Cara-cara

1. Sambungkan
henfon korang ke PC pastu open Nemesis Service Suite. Make sure, korang exit PC suite kalau korang install application tu.
2. Click 'Scan for new device'(yg ade lambng cm kanta pembesar tu).
3. Click 'Phone Info’ pastu scan.. (pastikan die tulis done). Kalau tak tulis DONE try berulang kali dengan check sambungan ke,betul-betul dah kuar ke PC suite.
4. Masukkan new product code.Leh pilih mana-mana yang korang berkenan.. Make sure sama la jenis henfon tu. Aku suggest masukkan yang ni 0552438- British Isles RED
5. Tandakan pada petak 'Enable'.
6. Click 'write'. Make sure dye tulis 'DONE'.
Product code telah pun ditukar..
7. Sambung henfon ke Nokia Software Updater n pastu next2 kan je..

InsyaAllah berjaya..hehe..

Update

1. Installer unutk Microsoft Office untu Nokia 5800XM disini.
2. Installer untuk PDF untuk Nokia 5800XM disini.
3. Bermacam-macam software untuk Nokia 5800XM disini.

p/s: sebarang masalah yang terjadi kat henfon korang aku tak bertanggungjawab ek. tapi ape ni suma aku dah buat,tanpa sebarang masalah.
(baca seterusnya..)

KONTEST di WWW.PORTTUANTANAH.COM



Comey tak gambar kat atas tu? Blackberry je comel ea?pandai2.. TTT pun comel gak la.. Tak dapat BB,TTT pun tak pe..Melawak TTT.. :P

Okla,contest yang dianjurkan oleh www.porttuantanah.com ni rasanya contest yang agak lumayan dan berbaloi- baloi rasanya.. Mana taknya, hadiahnyer 3 biji Blackberry beb..Kalau blueberry or strawberry tak kesah la sangat..haha... Rata-rata blogger2 sibuk posing maut untuk join contest ni kan.. Kira aku pun tak terkecuali la.. Tapi aku ambil adik aku as model..haha.. menang ke tak menang ke, aku tak de la kesah sangat.. Tujuan aku join kontest ni pun, just nak support member-member bloggers.. Tapi, kalau nak bagi pun ok la jugak.. Besar tapak tangan,Stadium Bukit Jalil hamba tadahkan..ngeee~


Kontest ni agak simple untuk korang join..bukan ape, just capture gambar berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan disini & ikut ape yang penganjur buat seperti letak banner kat blog korang, letakkan backlink kat entri korang n tinggalkan link entri korang kat ruangan komen. Contoh gambar untuk kontest ni, korang boleh tengok kat sini.Make sure korang ikut ape yang penganjur nak.. Objektif utama kontest ini adalah mempromosi link penganjur disamping melihat kreativiti korang..

*KLIK UNTUK TUMBESARAN TULANG TEMULANG

Kat atas tu gambar yang aku tangkap untuk kontest ni. Saje je amik adik aku. Dye tu gler skit kalau aku nak tngkap gambar dye..haha.. Itu je la yang mampu aku lakukan kan.

So, kepada yang berminat nak join kontest ni, cepat-cepat la join ek.. Tapi tak pe, banyak masa lagi.. Sempat la korang nak edit-edit gambar korang..KOntest ni start 10 Mei - 10 Jun 2010.. Sehari lepas due date, ada World Cup plak.. Yeay!!! Pandai penganjur pilih tarikh la..haha..

p/s: oh blackberry,oh blackberry! tido bermimpikan blackberry sampai la 10 Jun..haha..

(baca seterusnya..)

Saturday, May 15, 2010

Drama Terbaru Akasia- Syah Jihan

Erm.. tetiba nak kongsi ngan korang pasal cerita ini.. Bila aku baca sinopsis, macam best plak cerita ini.. tapi entahlah, aku pun tak tengok lg..nanti korang judge la sendiri ea..aku just nak share ngan korang je.. Actually, drama ini mengantikan ADAMAYA yang dah habis dah semalam..

Syah Jihan mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Namun dilema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya. Dapatkan beliau memberkas Tuan Haris yang jahat? Lakonan Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob.

Syah Jihan akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010 Setiap Isnin – Khamis

Kamal Adli



Fouziah Gous


Kalau ada link untuk korang download nanti aku akan share ngan korang ea..
Setakat ni, belum ada lagi.

Tuggu link untuk download ea...
(baca seterusnya..)

Friday, May 14, 2010

AWARDS DARI BLOG 'LL','2L' or 'DOUBLE L'

Huhu.. Dari ttiba time bukak FB dapat komen kata aku dapat award kat blog ni. Terima Kasih la ek owner blog ni sebab sudi bagi award ni kat aku.. Ada gak orang yang menghargai.. Walaupun award tu bukan dapat hadiah or pape, tapi ia tetap satu anugerah yang orang bagi.. Kita harus menghargainya ok!!..




Award 1


Kat pix kat atas tu pun dah ada kat award tu.. Namanya 'blogger award for friendship'.. Lagi sekali terima kasih la kat tuan blog sebab bagi aku award ni ea.. memang aku ngan tuan blog ni, baik pn..selalu berhubung.. sebab dye ni memang sedara aku..hehe..

K la, aku nak bagi award ni jugak kat :

-> ASAP
-> AIN
-> AINA
-> UYA



Award 2



Juga dari orang yang sama...Tuan blog yang bagi award ni pun tak paham ape maksud dye, aku lagi la tak paham ok..haha.. Tak pe lah, orang bagi kan, kita terima seadanya..


P/s: Kalau dapat Anugerah Bloggers Terkenal macam mana la agaknya ek..hahaha


(baca seterusnya..)

JUST BROMINE DPT BUFFERED EARNINGS!!! YEAY!!

Hye korg!! Erm aku tak update blog kan..huhu.. BTW, yang link ADAMAYA tu kira aku update gak la ek..haha.. Ok, bersesuaian ngan tajuk kat atas tu, aku nak gtaw korang yang blog aku ni telah mencapai target yang pertama iaitu Buffered Earnings dr Nuffnang.. Selalu kalau blogger2 yang di bawah nuffnang selalu iginkan Buffered Earnings la.. Actually, Buffered Earning ni (berdasarkan apa yang aku paham la), merupakan satu kempen berbayar terhadap sesuatu blog aku.. Pihak pengiklan akan letak iklan kat blog kita, dan iklan tersebut tidak akan tido seperti iklan2 sebelum ni.. So, ia akan berterusan dan tggu untuk di'click' je..haha.. Tapi rasanya, dia ada masa jugak kowt..sebab sebelum posting ni ditulis, malam tadi iklan tersebut takde pun kat blog aku, tengok2 hari ini ada.. terpampang dengan gahnya di header blog aku.. Bangga siot!! orang len tak kuar, aku kuar iklan..haha.. Aku sempat print screen iklan tu, kowt2 la korang yang tak sempat tengok la gi kan..huhu


Ni plak, berapa yang korang akan dapat dalam Buffered Earnings ni kan..haha.. Maybe la orang akan kata, ala skit je pun, tu pun nak kecoh.. Tapi tu dari titik peluh aku taw naikkan traffik..ingat senang ke nak bagi traffic 200 - 300 sehari..susah taw tak?? haha.. thnks ADAMAYA..sebab tu la traffic aku naik..thnks u olls!! trus support blog aku eh!!
*klik pix untuk tumbesaran tulang temulang

p/s: Semalam g tengok Hoki Piala Sultan Azlan Shah... Malaysia vs China..2-1.. Malasyia Layak final kowt.. Nanti time final aku review la dari sana..muahaha..

(baca seterusnya..)

Thursday, May 13, 2010

DOWNLOAD FREE ADAMAYA- AKASIA



Hye korg! haha.. aku kembali la..sebelum ni memang aku bz sangat..ok la, sepanjang aku bz ni, sempat gak aku layan ADAMAYA kat SLOT AKASIA TV3 pukul 6.30 petang.. Tetiba rasa nak share ngan korang kan..haha.. cerita memang superb..best siot aku tengok..haha.. Tahniah kepaa pelakon yang menjayakan drama bersiri ni seperti Hussein Ruffegde & Lisa Surihani..lakonan yang mantop n berkesan..hahaha.. Untuk pengetahuan korg, drama bersiri ni diadaptasi daripada cerita ' I'm not single' yang dibintangi oleh Farid Kamil & Lisa Surihani sebelum ni.. So, apa lg tggu.. Layan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Download,Download..



Sinopsis Adamaya:

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?? Adkah mereka akan bersama?? Saksikanlah, ADAMAYA~~~~~



Adamaya – Episod 01 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 02 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 03 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 04 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 05 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 06 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 07 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 08 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 09 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 10 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 11 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 12 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 13 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 14 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 15 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 16 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 17 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 18 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4

Adamaya – Episod 19 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 20 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 21 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Adamaya – Episod 22 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4


Episod Akhir

Adamaya – Episod 23 : Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4


p/s: 1. Digalakkan download menggunakan Internet Download Manager(IDM).. takde IDM??
download disini..
2. Semua link download adalah perkongsian dengan sumber lain. Sebarang masalah & kemusykilan amatlah di kesali..huhu


(baca seterusnya..)

Wednesday, May 05, 2010

Download Episod Akhir Asmaradana- Samarinda@TV3



yeahaaa!! rasanya korang mesti dah tengok kan cerita asmarada ni kan.. Malas nak review pasal cerita ni.. Just nak share apisod last je.. Mana taw antara korang yang terlepas episod last kan.. MEsti rasa rugi sebab episod last tak dpt tengok kan.. Ok, nak download episod last, jom!


Asmarada Episod Akhir : PART 1 PART 2 PART 3


(baca seterusnya..)

Sunday, May 02, 2010

Hari Sukaneka Fatin a.k.a Adik Aku


Erm,,, satu entri lagi..haha..ni sal aku sendiri plak ea.. Lebih santai..haha.. Balik je aku ke Ipoh ni, esoknyer mak aku soh follow dye tengok sukaneka adik aku.. Yela budak umur 6 tahun kan.. Tadika Intelek kat Bandar Meru Raya.. Macam kita kecik2 dulu la, mesti ada sukaneka kan.. Bawak bola pingpong dalam sudu la, lari dalam guni, isi air dalam botol..kan2??.. Tapi ni adik aku taw, bukan aku..haha.. sajer la wat satu entri sal dye.. Memang meriah giler la..Best tengok.. Teringat zaman budak2 dulu..haha.. Yang bestnyer,leh plak ada show 'Chicken Dance'.. Budak2 pun pandai kowt.. Adik aku terlibat show tu.. Lawak la.. Adik aku ni rumah merah.. dah da pun kan dalam gambar..haha..Ayah n Mak aku pn masuk untuk acara ibu bapa..tapi kalah awal..belon yang di baling pecah.. abis basah baju ayah aku..haha K la,gambar yang aku sempat snap time dye sebok ngan aktiviti dye..haha...










(baca seterusnya..)
Related Posts with Thumbnails