Monday, February 22, 2010

cuti oh cuti

Cuti baru je habis semalam. Rasa sedih dan pilu pulak rasanya..tapi apakan daya,kena balik jugak ke bumi Perlis yang best gler ni..huahaha.. Tetiba nak cerita apa yg jadi kat aku, dan ape aku buat time cuti. Macam2 taw jadi kat aku dan member-member aku. haha.. Jom!!


Eksiden



Bila terkenang perkara ni kadang2 rasa lawak pun ada kesian pun ada..Cerita dia cam ni, aku sampai Ipoh hari jumaat dalam kul 1.30 camtu..pastu esoknya, asap member aku ajak g mandi kat Lata Bukit Chepo kononya nak bawak awek dia g mandi la. Mak ngan ayah dia dah da kat sana dah.. So, dorang tunggu aku kat 7e kat Meru. Bila aku dah sampai, rupanya Dauz pun da gak dan dia yang drive kereta. Kami pun gerak. Nak sampai rasanya dalam 10 minit je kowt. aku follow belakang, dauz,asap ngan weha(awek asap) satu kereta, aku sorang satu kereta. Bila dekat nak sampai Dauz terlajak. Tetiba nak wat U-turn kat tempat tak sepatutnya. Aku hanya follow melalui tepi bahu jalan. Dauz2!!haha.. Tetiba moto yang tak taw dari mana punca mai langgar Dauz yang baru nak wat U-turn tu..gila arh...haha.. Aku sebagai saksi kejadian (skema la plak) memang tengok teruk gak la. Rasa cam mati je budak tu.. Tapi bila budak tu bangun, trus ckp

'Bang,tolong repair moto leyh x?'
Ape la punya,orang dok sebok dye ok ke tak,dye dok sebok moto. Asyik cakap benda yang sama je sepanjang journey ke klinik dengan menaiki kereta aku.. Huahaha.. Pastu, melayang la RM30 Dauz,duit ubat budak tu..haha.. Sabor je la Dauz..haha...tak termasuk duit repair moto, yang Dauz kena bayar.. Sabar je la Dauz, ketentuan Illahi~



Phone baru-N5800

My New phone k!! biasala phone aku dah lama rosak. Asyik pakai phone black n white tu je. ape tah model dye. Ni pun abang aku tambah duit..kalau tak, jangan harap la aku nak pakai phone semahal ini. Mula - mula, ayah aku yang beli satu.. Time tu raya cina tak silap.. Patu abang aku berkenan lak, sampai tak tido malam katanya..haha.. abang2..sampai sebegitu sekali..haha..so, selang 3 hari kami g beli di kedai yang sama. dapat la murah sikit. Sepatutnya RM940 x 2 = Rm1880..Rite? pas trade in henset abang aku,cina tu amik RM250 tinggal la Rm1630. So,kira cincai dye bagi Rm1600.. Murah ok kalau nak dibandingkan dengan harga kat Perlis ini. Dah survey, Rm1100.. Gler la Perlis ni.. Hahaha.. GPS ada, WiFi ada.. BEst siot..huhuhu.. So, tata N1200 dan Sony Ericsson W850.. mantop dari iPhone yang hanya mahal disebabkan brand!! x caya? klik sini






Dekstop baru

PC baru dalam bilik aku untuk seisi keluarga la..haha.. Erm, spesifikasi untuk CPU ini aku yang pilih rasanya mantap dah kowt untuk ayah,mak ngan adik2 aku untuk online dan bermain game.. haha.. Atotal suma dalam RM1350 je..kalau laptop or notebook mesti dah cecah dekat rm 2 ribu dh kalau camtu tu dengan screen kecik nak mampus. Dengan dapat screen yang agak besar gak,LCD Samsung 22" memang mantop untuk tengok movie2 yang cambest..haha.. Guna processor AMD ape tah aku tak igt. Gambar tak de nak tunjuk la. Sebab PC tu kat rumah,aku dah balik cni..huahaha.. Nanti bila-bila aku update yea!!


*da lagi benda yang terjadi yang tak boleh diceritakan..private ok!!haha..
(baca seterusnya..)

Thursday, February 11, 2010

SYTRA HEBAT???


Salam all..
Sebenarnya tak terlambat rasanya nak mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYTRA) diatas kejayaan dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Actually tu bekas sekolah aku dulu.bangga tak terkata ini. untuk pengetahuan,pada waktu aku dulu, target sekolah ini adalah untuk mendapat tahap Sekolah Kluster. tapi malangya kami gagal untuk itu setelah berhempas pulas. Tapi akhirnya kami dapat yg lebih baik dari itu..Alhamduliilah,hasil titik peluh guru SYTRA dan senior - senior terdahulu melonjakkan nama SYTRA ke persada yg lebih tggi...Untuk pengetahuan, title SBT bukanlah hanya sekadar nama sahaja. Ia juga memberikan autonomi yang tidak terdapat di sekolah lain..Antara autonominya ialah :-

1. Memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan
2. Menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal
3. Mengagihkan kewangan mengikut keperluan
4. Mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan

Saya selaku bekas pelajar mengucapkan tahniah dan berharap SYTRA lebih maju di masa akan datang..
(baca seterusnya..)
Related Posts with Thumbnails