Wednesday, January 20, 2010

Festival Filem & Video Pelajar IPT




Entri kali ni nak cita pasal Festival Filem & Video Palajar IPT yang berlangsung kat Universiti Malaysia Perlis(UniMAP).Actually,ini merupakan edisi ke7 selepas bermula pada tahun 2003 di UiTM.UniMAP diberi penghormatan untuk menganjurkan festivel ini yang menelan belanja sebanyak RM300,000 peruntukan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS). Macam-macam program yang telah disediakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan festival ini,antaranya ialah booth festival di The Store,Kangar , Bengkel filem oleh Senator Dr. Jins Shamsudin dan seterusnya acara gilang gemilang iaitu Anugerah Festival Filem & Video Pelajar IPT yang berlangsung di Dewan 2020,Kangar Perlis. Duli yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP turut mencemar duli merasmikan majlis anugerah yang gilang gemilang ini. ok..cukup ek mukadimmah

Yang bestnyer malam tu,ramai gak la artis-artis,producer-producer serta orang-orang seni yang hadir. antaranya ialah Lisa Surihani,Jehan Miskin,Rusdi Ramli,Mustapa Maarof,Senator Jins Samsuddin,David Teoh,Othman Hafsham dan ramai la lagi yang mmeriahkan majlis. Lisa Surihani,Jehan Miskin dan Rusdi Ramli diberikan penghormatan untuk mengumumkan keputusan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Aku pun malam tu dijemput atas kapasiti Majlis PEnghuni Kolej Kediaman(MPPKKF),so dapat la aku join dinner malam tu..haha..tapi,malam tu memang best gler,da macam2 makanan yang terhidang..semua aku sebat..haha..tah sape yang menang malam tu pn aku tak taw..yang penting makan je..pastu sempat la bergambar ngan artis-artis ni..da la sekeping..sebab memang ramai gler la.walaupun cam interfrem je..
*bersama Dato' NC
*HIDANGAN MALAM TU

*JEHAN MISKIN MENGENDALI ANUGERAH MALAM TU
*LISA SURIHANI MENGENDALI ANUGERAH MALAM TU
*GARLIC BREAD!!FEVERET KOWT..HAHA




pssstt:dengar2 cerita,UniMAP adalah penganjur takbaik sepanjan edis FFVPP..tah la..wallahualam...
(baca seterusnya..)

Friday, January 15, 2010

Asal Usul 'Meor'

Kepada korang yang mengenali aku,mesti tertanya-tanya kenapa nama aku MEOR rite?so, klu lepas korang baca posting ni,insyaAllah korang aku tahu kenape nama aku diberikan sebegitu..situasi aku dan penulis memang sama..so,let's read k!!!


kredit kat: http://jamilateras.blog.frienster.com

Abg kalo ana tanya jgn marah yek? Pe sal lak nak marah belum tanya lg tak kan le org nak marah…amende nk tanya ni? Mana dtg nama Meor tu, pelik le bunyi nama tu abg ni org Jawa yek? (cam tu lah setiap kali ayat yang akan aku dpt kalo ada staff baru mula berkenalan dgn aku then tiap kali tu gak jwn y malas aku nak ckp akan aku jwb) “Tak Tau” tanya lah kat mak abg kalo ina ada rezeki nanti…

Tu ada lah kurang skit, kalo masa sekolah dulu sesi berkenalan kelas baru yg paling aku benci sekali dlm hidup ni…time tu bila setiap student bangkit sorang2 then akan beri tahu nama dan tinggal kat maner…bila aku sebut nama aku satu kelas akan gelak mana yg tak senonoh tu akan gelak smbil guling2 hentak kepala kat meja..sambil ejek meow..meow kucing….bengang tul…rasa macam ada dlm neraka jer marah dan geram kenapa nama aku cam tu, nape lah ayah aku tak letak John ker, Mickel ker atau Samad tu pun dah ok glmer gak…then bila dorg dah abis gelak aku pun duduk tunduk muka malu kalo leh nak jer aku masukkan kepala aku dlm baju cam kura2..tebih kurang sama watak cam Aflin shauki dlm cite Buli…tu yg kdg2 aku malas nak ke sekolah tu…sib baik mak aku tak tau kalau dia tau mesti dia sedih …

Lain plak masa aku kat sekolah menengah tak ramai yang gelak kurg2 pun ada yg senyum sinis jer, ye lah dah matang katakan…mgkin jgk masa tu aku ketua kelas, pengawas, biro itu biro ini, then byk lg ler mbuat dorg tk berani nak gelak pas tu jrg lak nak lepak tak tentu pasal… benda tu tak jadi isu besar sampai lah aku keluar college then bekerja…aku nekad untuk tahu kenapa? Walaupun jwpn ayah & mak jelas dan bernas tapi hati aku tak puas masih tak cukup utk aku terima kenyataan “dah keterunan nak buat cam mana” no..no that is not the right answer that I want…kata hati mat salleh aku yg perasan ni..until aku di ketemukan satu ‘kesempatan’ di dlm stu majlis doa selamat kat rmah opah sempena berlagsungnya majis pertunangan Yong ( kak long aku).

Masa tu atuk cik ada, opah cik, pak cik , mak cik mcm2 ada fmly reunion le katakana..sebesar2 pangkat sampai ke sekecik2 pngkt pun ada sampai aku pun tak tau nak sebut ape..tapi ramai yg pgil aku abg Alang, pak Lang yg tak bestnyer Tok Lang mak aih.. rasa cam dah tua jer padahal aku muda lg..tpi dah pangkat nk wat cam na terima je lah..dalam berkumpul ramai2 tu aku beranikan diri tanya pada Tok Cik aku Syed Jaafar Bin Syed Lembang, lbh kurg ketua waris lah dia ni..tahu akan asal usul keluarga kami..satu kecuaian aku time tu tak bawak buku note nak catat nama penting..pd mereka yg lain tu mmg dah sedia maklum tahu akn segala cerita asal usul ni aku jer yg ketinggalan..

Sambil tersenyum manis dan mengemaskan silanya atok Cik aku pun mula buka cerita “ropenye ade yang tetinggal perahu lg yek” aku paham maksud tok Cik hanya senyum kerang busuk jer yg mampu aku balas…he..he..

Kalo nak di ikutkan cerita dulu..asal usul Meor ni dtg dri keluarga Syed & Syarifah @ Siti (puan)..yang jdi Meor tu sbb ank perempuan Syed & Syarifah tadi berkahwin dgn org kebanyakkan….supaya tidak nanti terputus sillatulrahim hubungan keluarga, tu yg jdi cubit peha kanan peha kiri pun terasa..manakala yang jdi Mazatul (anak perempuan) atau Puteri (ank perempuan) atau Megat (anak lelaki)… bila bapak nama Meor ni berkahwin pulak dgn org kebanyakkan…

Syed (tuan) ni pulak dtgnya dr Arab ada yg cakap dtg dri Tanah Arab berdagang ke Perak lalu terus menetap disini bersama keluarga..ada yg ckap dtg dri Acheh dtg sebagai guru agama bersama keluarga menyebarkan Islam di Perak..yang ketiga ada yang cakap atas jemputan Sultan Perak ketika sama2 membuka Perak dtg dri Kampar (Pulau Sumatera) bersama keluarga dan berkahwin dgn waris sultan pun ada..masa tu istana sultan Perak yg pertama ada di Tanah Abang (Parit) Daerah Bota (Brahman)..

Keluarga Syed ni pun ada sejarahnya ada pendapat mengatakan mereka ni dari waris keturunan nabi (bulu roma aku naik sbb terkejut ngn ckp Tok Cik) yg dtg dri keluarga Hassan & Hussin, mereka ni dtg ke tanah melayu apabila berlaku perbalahan puak di tanah arab ketika itu, mereka menyelamatkan diri dri puak bertelagah spt Syiah, Muawiah dll dari dibunuh…”walau apa pun pendapatnya itu dari cerita org dulu2 yg di sampaikan berturun-turun macam tok hari ni bercerite pada kome semua…ada yag ditulis ada yg dtg dri sumber lisan…” mengakhiri cerita Syed mungkin Tok tak mau ada anak cucunya rasa riak dan takkabur nanti pd ceritanya..


Tapi maksud nama Meor itu tidak jelas…maklum tahu bahawa nama Syed itu berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud ‘Tuan’…Meor itu apa? Apa maksudnya? Kata Tok Cik nama itu hanya gelaran seperti nama Tengku dan Raja tidak mempunyai maksud yang jelas (saskrit) hanya nama gelaran keturunan… alah susah-susah sangat nak bagi maksud, kome letak jer maksud dia tu ‘Tuan Kecik’ kan ke Syed tu Tuan Besar lawn prkataan jer dah dpt maksud, celah Pak Teh ku Syed Zainudin B Syed Osman…

Keh..keh..senang2 jer org tua ni bgi maksud (kata hati)… mugkin jugak blh terima idea ni tak salah.

Agak sukar untuk aku telan semua kata2 mereka krn itu terlalu subjektif…tiada sumber konkrit yg dpt menyokong fakta hanya pada nama, cerita lisan dan sedikit buku catatan sejarah yg baru dikarang…tidak sezaman dgn kedatangannya…Serabut!!!

Kalaulah ada mesin masa…boleh aku patah balik kebelakang akan aku tulis dari awal sampai habis sejarah asal usul aku…siap sebelah bapak lagi akan aku tulis…mungkin catatan sejarah negeri Perak dapat membantu aku mencari sedikit jwpn…wow tidak buat masa ni terlampau banyak angka…dari 1528 - 2007 satu tempoh yang panjang…tak de masa beb mungkin kalo aku dah pencen nanti kot2 leh tulis ker…pasti setiap keturunan ada warisan atau alat2 kebesarannya sebagai bukti kebesaran empayer mereka?…

Hakikat yg aku kena terima ialah keadaan negeri dan negara pada masa itu, beberapa siri perbalahan, perang dan penjajahan telah melanggar Perak membuatkan sumber2 faktar ini terancam dlm erti kata terpadam bersama sejarah cam buku catatan dan barang berharga…(sedihnya aku)…mgkin buku atau catatan itu telah di curi semasa perang ‘Perak-Selangor’ dan ‘Perang Perak-Acheh’ atau di tanam masa ‘Perang Kinta’ atau dirompak masa era ‘Belanda’ atau dicuri masa zaman ‘British’ dan lebih malang lagi mugkin ia telah dibakar masa zaman ‘Jepun’…

Apa yg ada kata Tok Cik sebagai tanda dan kenag2an dari waris dahulu ialah sebuah kitab lama dan senaskah Al-Quran tulisan tangan yg cantik…ini satu simbolik pada aku…memang benar lah kata Rasulallah “aku waris kan pada kamu dua buah kitab yakni jika kamu patuh padanya tidak lah akan kamu sesat iaitu al-Quran dan al-kitab” begitu sayang baginda pada umatnya…Kata Tok ia dibawa dari Acheh…

Agak janggal bagi ku megakui sebagai keturunan nabi ini boleh membuatkan ujub dan takabur silap2 boleh jatuh satu fitnah benda yang tiada di ada-adakan…sedikit fakta yang aku dapati waris nabi allah Muhammad s.a.w yg dicatatkan ialah King of Jordan raja Negara Jordan sekarang ni King Abdullah ibni Hussein (i) bin Talal (keturunan Al-Hassan anakanda Fatimah az Zahra binti Muhammmad s.a.w) dan pemerintah Iraq lama sblum Sadam dan amer Makkah, ada setengah ahli sejarah mengatakan memang ada keturunan nabi pergi ke timur jauh ada sedikit catatan di Acheh (Sumatera, Indonesia) dan kerajaan Sulu (Selatan Filipina) mereka dari anak2 selain Al-Hassan wallahhualam…perlu ke aku kaji sampai ke situ? Satu persoalan pd diri sendiri? Biarlah dulu buat masa ini…keadaan Acheh yg baru dilanda Tsunami dan selatan Filipina yg berperang sekarang membuatkan aku fikir mana mungkin untuk aku kaji sedalam itu…

Perlu ke aku kaji semua tu…mungkin,sbb nya mudah Mengenal Diri tu penting sebelum kita Mengenal Tuhan tak gitu…secara peribadi malu untuk aku mengaku nak tulis teks ni pun aku rasa malu sangat2 pd diri ku (dah tulis dah pun). Aku rasa tak relevan langsung untuk aku dan lebih2 lg Tok Cik bercerita tentang waris nabi ni…sbb tidak perlu, lihat saja di sekeliling berapa ramai keturunan Syed dan Meor yg jadi Ustaz ataupn Ulamak ataupun pendakwah sekarang, berapa ramai yg terlibat dgn gejala sosial, tinggal solat, puasa, zakat dan amalan wajib yg lain. Malu pd reality ini..tak padan lgsung dgn sejarah… IMAN TAK DAPAT DIWARISI satu hakikat sebenar…dan Islam itu untuk semua rugilah pd mereka yang tinggalkannya dan berbalah tentangnya…

Mungkin perlu juga aku turut merasa bangga pd keturunan seperti Wong, Ong, Meng, Lim dan lain2 mereka bangga pd nama keluarga mereka…ada benarnya yang manusia itu mati meninggalkan namanya…bangga berasal dari keturunan Maharaja, pahlawan agung, malah anak dewa2…(apa ada pada nama kat akhirat kelak? ye tak?satu gak persoalan )

Satu jer yg membuat aku kusyuk mendengar celoteh Tok Cik ialah cerita mistik dan kaitan dgn keturunan bahawa Almarhum Datuk aku a.k.a Tok Cu (Syed Osman B Syed Lembang) mempunyai kembar seekor naga, betul ker??? dan cerita Megat Teraweh (bendahara pertama Perak) menyerang Sultan Acheh utk selamatkan Puteri Limau Purut hanya menggunakan bertih (pop corn/rice) yg bertukar menjadi tebuan atau lebah tanah huu hebatnyer…akan ku tulis cerita ajaib Tok Cik ni nanti kalo ada masa, aper yg aku nampak niat Tok Cik ni ada keikhlasnya tidak mahu kami anak beranak berpecah belah disebbkan perkara kecil, katanya asal kami dari satu benih yg sama…. paglipurlara bermoral untuk anak cucunya pasti akan ku sampaikan pd anak cucu ku pulak kelak he..he…

Di akhir kalam ini, aku rakam kan ribuan terima kasih diatas kesudian Tok Cik (Syed Jaafar B Syed Lembang) meluangkan masa untuk bercerita, bagi aku Tok Cik seperti sebuah kitab lama didlmnya tertulis berjilid2 judul sejarah….tak lupa pada arwah Datuk aku Syed Osman B Syed Lembang dan Opah Aton Bt Itam Maakas yang banyak berjasa pada kami anak beranak (insyaallah akan diushakan utk tulis kisah mereka) dan pada ibu Puan Siti Radzilah Bt Syed Osman yg menjadi penggerak utama dan sbgi pejuang berusaha mencari dan berjumpa warisnya semenjak berumur 10 tahun lg bangga oooo aku dpt mak cam ni dan pd teman2 yg telah singgah dan baca kat blog aku yg tak seberapa ni……akhir kalam wallahhualam…..wassalamm

Artikel sebenar boleh didapati kat http://jamilateras.blog.friendster.com
(baca seterusnya..)

Thursday, January 14, 2010

Tutorial membuat READMORE

Selalu kita tengok di blog2 kalau tiada paparan readmore ni,memamg panjang giler blog dia.kalau diukur boleh sampai ke London ye tak..haha..gurau2 je eh...lagi satu,bak kata sorang blogger femes ni,kriteria blog terbaik mempunyai paparan readmore.Selain tu, paparan ni juga membolehkan para pembaca kat blog korang klik apa yang dia nak baca je.ini tidak,kalau entri tu panjang giler,suma dia nak scroll ke bawah..ye tak?hu3..btw, maybe yang still baru dalam dunia blogging ni,termasuk aku la kan,mesti tercari-cari macam mana nak buat kan.So,jom ikut tutorial ni

Bahagian 1
1. Sila LOGIN ke blogger.
2. Setelah masuk ke Dashboard, klik Layout
3. Kemudian klik pada edit HTML di bahagian atas.
4. Pastikan anda klik Download full template sebagai langkah berjaga-jaga.
5. Setelah selesai download, sila klik Expand Widget Templates.
6. Copy kod ini



7. Pastekan diatas code ini (untuk mencari kod dgn lebih pantas,sila klik ctrl+f dan search)
)





8. Kemudian Copy code di bawah



9. Pastekan di bawah kod ini




(korang juga boleh tukar perkataan READMORE tu,kepada apa2 yang korang nak..tukar mcm ditunjukan kat arrow mcm kat gambar ni)

10. Klik save

Bahagian 2

1. Klik Settings di bahagian atas

2. Pilih Formatting, scroll down ke bahagian bawah

3. . Copy code di bawah dan paste di dalam Box “Post Template”



4.Save.Done!

Cara Nak Posting

1.macam biasa bila nak posting g kat new post..akan keluar macam ni






Entri ni,aku buat sendiri.first time dalam nak buat tutorial2 ni.kalau ada silap or tak jadi ke,sila tinggal komen kat bawah ye..ok!chow!


(baca seterusnya..)

Tuesday, January 12, 2010

BANYAK TIDUR,BAIK ATAU TIDAK??


*sekadar gambar hiasan

Nikmat kalau tidur memang tak perlu disangkal lagi keenakannya.memang tahap superb bestnya.tambah2 kalau pada waktu itu turunnya hujan.nikmat tak terkata.tapi sedarkah kita bahawa tidur yang banyak yakni melebihi 7 jam yang merbahaya terhadap diri kita.

Kenapa?


Badan lemah
Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti menyatakan bahawa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan dan terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah.Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti.

Berisiko Mati Awal
1.Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang dari beberapa negara bahagian di Amerika, dan menyatakan bahawa orang yang tidur 8 jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, iaitu mencapai 34%.

2.Pada tahun 2007, sebuah penelitian di Finland menemukan risiko kematian meningkat sekitar 20% untuk orang-orang yang tidur lebih dari 8 jam. Pada tahun yang sama, kajian di England menemukan orang yang tidur lebih dari 8 jam sehari berisiko terkena penyakit stroke berbanding orang yang tidur kurang dari 7 jam.

Actually,aku pun selalu tidur lama2.tapi rasanya lepas ni tak kot.ni baru dari pandangan yang pakar,dari pandangan Islam belum lagi.nanti aku akan keluarkan dari segi konsep islam itu sendiri k.

pssstt:erm..wat student especially tuk bdk2 u ngan other ipt la.korunk slalu byk tdo kan.so,pandai2 la korunk pk kn. n diz entri nak dedikasi buat org ni.kuang3..jgn mare!
(baca seterusnya..)

ManU & AC Milan freemason????



Salam semua!haha..entri kali ni pasal FREEMASON. Masalah Freemasaon ni rasanya dah menular sikit2 kat Malaysia ni.gerakan ini dah mula bergerak di sekitar Johor Baharu dan Ipoh.Bukti yang ada terdapat simbol-simbol freemason itu sendri dan adanya aktiviti ini di bangunan-bangunan yang dikenalpasti. tapi posting kali ini aku nak cakap pasal kaitan freemason dengan kelab bolasepak kesayangan aku yakni Manchester United.Perkara ini aku jumpa time usha2 blog kawan-kawan tadi disini.Yang menjadi persoalan sekarang,adakah ini satu fakta atau hanya kebetulan?Hal yang semacam ni,hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.dan kalau korang nak tengok lagi apa yang dikatakan freemason ni,boleh rujuk disini dan forum membincangkan mengenai gejala freemason di Malaysia disini.Wallahualam....

pssstt: penulis kalau barang free ni nak la,kalau Freemason tak nak!hahaha
(baca seterusnya..)

Monday, January 11, 2010

JADUAL YG ME'MENINK'KAN


*KLIK IMAGE UNTUK PEMBESARAN

HEY...dah masuk minggu ke-3 sem ni dah,tapi masalah pasal jadual tak selesai2 pn lagi.kenape la ye.hari bangun dengan semangat nak pegi makmal Electrical Machine & Application II,tengok2 esok plak jadinyer.tapi tak pe la,bgon la awai jugak kan.haha..pastu tetibe plak belek2 portal, ternampak pulak pengumuman pembahagian group makmal untuk Power System I pukul 5pm-7pm..wtf?? gila arghh! tyme tu kelas etnic relation kowt.susah la klu main bagi je group without tnya ni.dah jadi satu masalah plak nak jumpa lecturer balik la ape la.masalah2..tapi tak pe,maybe la ada hikmah kan..so,aku amik keputusan ptg ni aku pergi dulu kelas ethnic relation..pasal makmal tu,maybe aku akan tukar hari khamis kowt,pukul 2pm-4pm.itu pn klu lecturer bagi la.kalau tak jawabnyer,kena pergi kelas etnic hari jumaat walaupun sebelum ni,memang hari jumaat tu takde kelas pn.atau g kelas etnic hari rabu kat Kampus Tetap Ulu Pauh yang memakan masa 30 minit gak la untuk sampai..UniMAP oh UniMAP!
(baca seterusnya..)

ANUGERAH JUARA LAGU KE-24


Pertama kali AJL ke-24 yang tidak mempunyai ketegori iaitu pop rock,balada & etnik kreatif..memang superb!

Erm..AJL kali ini menampilkan banyak lagu2 yang hebat2..memang superb la kata aku tadi..hahaha..
1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)


Juara Lagu AJL ke-24 : AIZAT (Kau Pergi)


Naib Juara AJL ke-24 : Yuna ( Dan Sebenarnya)

Tempat Ke-3 AJL : Faizal Tahir (Bencinta)

Persembahan Terbaik : Aizat (Kau Aku)
Vokal Terbaik : Black (Aku Rindu Sayang Kamu)

(baca seterusnya..)

Sunday, January 10, 2010

“Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com“

tetiba time nak tengok blog member, terjumpa pulak entri pasal contest ni kat sini..balun...hahaha..kowt2 la rezeki kan...haha..
klu rase nak join gak, leh la tgk kat sini ek..

P/S: tetiba pulak post kan...entah la..memang malas nak tulis entri..sori ye...ini pun timbul kesedaran..hahaha
(baca seterusnya..)

LAYOUT BARU!!!

Erm..dengan bangganya aku menuis entri ni..hahaha..maklumla,layout baru kan..best giler..haha..cantik tak..tapi,satu je,aku tak dapat nak back-up widget2 yang ada..tak berdaya la..kesilapan berlaku disitu..sob3..takpe la,cuma yang hilang, url kawan-kawan la..DISINI AKU NAK GITAW,SAPE2 YANG USHA BLOG NI DAN KENAL AKU, PLIZ TIGGAL KOMEN!!! NANTI AKU BOH URL KORANG..ok?? new layout,new spirit!! hahaha
(baca seterusnya..)

Saturday, January 09, 2010

ARGHHH!!KENA TAGGED!!

1. What have you been doing recently?
-tggu malaysia turun salji kowt..haha

2. Do you ever turn your cellphone off?
-time tukar sim kowt..nset lg satu osak..sdey2..

3. What happened at 10.am today?
-bgon nk g kls JPA3

4. When did you last cry?
-tah~

6. What do you want in your life now?
-good result ok??

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
-no!!

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
-berkhayal..haha

9. What are you wearing now?
-only my b0xer!wakaka

10. What’s the nicest thing in your inbox?
-abg,, (awek aku anta la)


11. Do you tend to make the relationship complicated?
-no..

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
-takde larh..

13. What was the last movie you caught?
-tersasar ke jlnmu-amik kat faris aritu..ahhaha

14. What are you proud of?
-tah la..hu3..

15. What does the oldest text message in your inbox say?
-'sok jpa pkul 10.30'- Nazirul
16. What was the last song you sang out loud?
-masih jelas..kuang3

17. Do you have any nicknames?
-tah la..meor je kowt

18. What does the newest text say?
-'abg,,'(dye cari la tu)

19. What time did you go to bed last night?
- 3 a.m

20. Are you currently happy?
-yes..!!

21. Who gives you the best advise?
-of c0z my father

22. Do you eat whipped cream straight from the can ?
-tah..tak pnah mkn

23. Who did you talk on the phone last night?
-faris call tnye suar track dye..hahha

24. Is something bugging you now?
-no

25. Who was the last person to make you laugh?
-chain kowt..cian..



26. Choose your lucky friends and tag them.
-tah la..sape2 yg baca lar...

kredit tu blog ni...tenkiu mas...
(baca seterusnya..)
Related Posts with Thumbnails