Saturday, August 07, 2010

Thanks Nuffnang !! Cek kedua dah sampai..

Hye korang! hari ni, bromine berseri-seri sangat sebab cek kedua dari nuffnang dah sampai. Walaupun jumlah tak seberapa, namun bromine rasa memadai dan lebih dari apa yang patut. Sebab dengan menaip entri, ajak member masuk baca blog je, dah boleh menjana wang. Actually cek ni macam earning bromine sepanjang bromine bercuti semester dua bulan lepas. kira ok la. Cuti-cuti pun menjana kewangan. Untuk pengetahuan korang, time cek first bromine tu, rasanye dalam pertengahan Mei 2010 kowt. Bromine tak publish entri pasal tu sebab gambar cek tersebut hilang dari simpanan. Tak tahu kemana. Puas dicari dalam folder yang berlambak-lambak dalam enset ngan lap top ni. Bukan tak mo tulis, tapi orang kata tak best kalau tak tunjuk tanpa bukti. Btw, dapat la sikit kan. So, ni kira pendapat kedua buat bromine bersama nuffnang. Thanks Nuffnang. Ko memang terbaik! Haha.
(baca seterusnya..)

Friday, August 06, 2010

AKASIA-EPILOG SYURGA CINTA DI TV3

Hye korang! Kali ni aku nak kongsi ngan korang drama terbaru kat TV3 ni. So, korang boleh la tengok sampai lebam.Epilog Syurga Cinta. Cerita ni rasanya adaptasi dari filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham dibarisi pelakon seperti Awal Ashaari,Heliza AF5 dan Adik Muhamad Hadziq Hazem. Buat kali ni, TV3 menayangkan pula Epilog syurga Cinta yuang pastinya memberi impak buat peminat-peminat drama Malaysia.

Epilog Syurga cinta menampilkan pelakon seperti Zizan Nin, Fida & Adik Mia Sara.
Konpem superb..hehe

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

p/s: dulu boleh nak download dengan menggunakan link je..sekarang tv3 lebih secure la.. kena masuk website dorang dulu www.tv3.com.my . kedukut kan..hehe
(baca seterusnya..)

Saturday, July 24, 2010

3 Minggu Yang Agak Sibuk

Hye korang! Lama dah aku tak update blog ni. Lepas Portugal kalah dalam world cup aritu, langsung tak berupdate. Bromine merajuk? Mana ada la. 2 hari lepas match tu, aku terus balik U la. Kena balik awal dari orang lain. Nak kena settle pasai pendaftaran pelajar baru. Banyak yang perlu di uruskan dan banyak aktiviti yang perlu kitaowg anjurkan untuk pelajar - pelajar baru ni. match world Cup yang selpeas tu pun, asyik tengok kat kedai jerk. Berhujan kat kedai semata-mata nak tengok bola. Kalau kat rumah tu, tak payah nak berebut-rebut cari tempat duduk or pape. Tekan je button on. Agak sedikit seksa la. Dah la match lepas tu, semua pukul 2.30 pagi. Dan SPAIN la juara. Lambat sangat ke aku uar-uarkan ni. Lantaklah, ni semua satong Paul tu punya pasal. Haha. Ok, tutup citer pasal world cup yang agak mengecewakan tu dengan kecundangnya Brazil dan Jerman. Ramalan sotong bromine pun tak betul. Oh! Germany! Hehe



Dalam 3 minggu ni, macam-macam benda yang berlaku dan aku buat. Dalam seminggu 3 hari aku balik awal dan 2 minggu bermulanya kuliah. Tapi sebenarnya takde ape yang best or yang menarik untuk diceritakan. Cuma jadual kuliah untuk semester kali ini agak memenatkan. Kalau sebelum ni kelas bermula selalu pukul 10 pagi or kadang 12 tengah hari, kali ini unutk semester 5 wajib bangun pukul 6.30 pagi untuk ke kuliah pada pukul 8. Rata-rata kuliah terletak kat Kampus Tetap UniMAP kat Ulu Pauh. So, kalau perjalanan menaiki bas selalu mengambil masa 40 minit gak la unutk sampai. Kalau naik kapcai aku tu, mau RM3 jugak la minyaknya. Tu pun sebelum kenaikan minyak yang diumumkan baru-baru ni la. Huhu. Parah,parah. Walaumacamanapun, kena terima jugak. Demi mengejar cita-cita. Last sem kat sini kan. Lepas ini akan ber'latihan industri'(LI). Tempat pun tak cari lagi ni. Sabar-sabar la dulu. Mintak-mintak semua akan ok la. Just ada 2 tempat je bermain kat fikiran aku. Petronas Fertiliser kat Kulim atau TNB kat Ipoh? kat Petronas of coz la RM500 sebulan. TNB? Free of charge. Hehe. Pilih la bromine oi.........




Hey kau ni bromine, Final Year Project (FYP) pun ko tak taw nak wat pe lagi, sebok nak g LI. Apala kena anasib aku ni, time aku tulis ni sebenarnya aku kena tukar project FYP aku. Tajuk yang aku dapat sebenarnya iaitu High Voltage Breakdown tester For Electronic Components agak susah dan bahaya. Bayangkan la nak jana elektrik sebanyak 2 kV. Bapak la, kena memang hangus la aku. rentung. Haha.

Rasanya takat tu je aku nak kongsi cerita ngan korang. Memang takde mood sebenarnya nak taip entri, tapi ku gagahi jugak. Demi taknak blog kesayangan aku ni bersawang or bersemak-samun. Hehe. Ok, Tata.
(baca seterusnya..)

Wednesday, June 30, 2010

PORTUGAL KALAH-BROMINE DIKUTUK..


Hye korang! Tamatlah sudah perjuangan Pasukan Portugal dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan ni selepas kalah dengan Spain 1-0 hasil jaringan David Villa. Portugal merupakan pasukan pilihan aku dalam edisi kali ini. Memang aku dah jangka Pasukan Portugal ni tak boleh mara jauh dalam edisi ini. Dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Ivory coast dan Brazil di peringkat kumpulan, aku dah mengagak ini akan berlaku. Sebab tu dalam entri sebelum tu, disini, aku dah tukar pasukan untuk muncul juara pada edisi Piala Dunia kali ini iaitu Jerman. Haha. Bukan dah kalah, baru tukar ea..hehe.


Apa yang best untuk Piala Dunia kali ini, aku mempunyai ramai kawan-kawan yang menghangatkan bahang Piala Dunia kali ini. Walaupun hanya di Facebook, ia mendatangkan suasana yang sangat seronok dan suatu yang bermakna untuk aku. Walaupun di'hanjing' atau dikata, itu dah menjadi lumrah. Kalah atau menang, itu semua adat permainan. Aku terima dengan hati terbuka. Thanks kawan-kawan aku. Aku ambil smeua kata-kata sebagai kenangan manis untuk diri aku. itu semua kenangan aku ngan dorang. Kadang-kadang dalam perlu juga kita kutuk sesorang itu, tapi tidaklah sampai mnyakitkan hati atau tersinggung seseorang itu. Itu semua ada batasnya. Apa-apa pun, Spain sebagai Juara Piala Eropah memang pasukan yang terbaik. Tahniah SPAIN!!
(baca seterusnya..)

Monday, June 28, 2010

JERMAN BAKAL JUARA WORLD CUP 2010?


Hye korang! tetiba kali ni, aku nak bercakap pasal kebolehan pasukan Jerman. Rata-rata pemai pasukan Jerman pada Piala Dunia kali ini merupakan pemain muda yang digilap. Nama-nama seperti Mesut Ozil dan Lucas Podolski menjadi sebutan pada Piala Dunia baru-baru kali. Dengan corak bermain pantas dan serangan balas yang agak konsisten, tidak mustahil untuk Jerman menjadi juara untuk World cup edisi kali ni.



Mungkin faktor bola Jabulani keluaran Adidas yang menjadi buah mulut para pasukan yang bertanding yang menyatakan bola yang direka khas untuk Piala Dunia kali ini agak teruk speanjang zaman, menjadi faktor kemenangan Pasukan Jerman. Mana tidaknya, kilang Adidas pun di Jerman ye tak? haha.. Mungkin bola ini sudah sebati dengan pemain-pemain Jerman. Brazil awal-awal lagi telah memberi amaran bahawa jika mereka tidak menjuarai World Cup 2010 pada edisi kali ini, ini merupakan faktor kelemahan bola Jabulani itu sendiri. Jurulatih England, Fabio Capello menyifatkan bola Jabulani ini merupakan bola yang paling teruk direka sepanjang zaman. Pandai-pandai la korang fikirkan sendiri.

Selain itu, para pemain Jerman telah menunjukan semangat juang yang tinggi dah menghasilkan yang agak menarik untuk ditonton. Salah satu gol yang menarik oleh Mesut Ozil pada perlawanan menentang Ghana pada peringkat kumpulan.






Berbekalkan reputasi sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia kali ini, tidak mustahil pasukan tanah air Hitler ini untuk menjadi kenyataan.


Soalan:Bromine kata sokong Portugal??
Jwpan: Berpijak pada bumi yang nyata ok.. Ukur baju di badan sendiri. Kita tahu dah setakat mana sesuatu pasukan itu. Lain lah kalau pasukan itu,Pasukan Malaysia.. Akan ku sokong sehingga akhir hayat. Haha

Entri ni sebenarnya dah draft lepas Jerman menang semalam. Baru petang ni nak publish. Teringat kontest kat Denai Hati kata boleh tukar pasukan. Nak tukar ke?? Bukan la niat nak tukar sangat, tapi dh bagi peluang kan.. Hehe Thanks Denai Hati. Kawan-kawan bloggers nak join jom kita join. Kontest berlangsung sehingga 28 Jun 2010 pukul 11.59 malam. Hehe.

Pssst: sekadar ramalan bromine je. tapi bromine bukan bookie bola sepak ni taw!! haha Yang lain terserah la pada Allah SWT
(baca seterusnya..)

Gol England Yang Dinafikan


Hye korang!! Aku baru lepas tengok perlawanan pusingan kedua antara Jerman lawan England je, berkesudahan dengan Jerman menang 4-1. Aku tak nak mengulas sangat pasal kemenangan besar Pasukan Jerman. Tapi apa yang aku pertikaikan ialah keputusan pengadil pada minit ke 40(kalau tak silap aku la), yang menafikan satu gol sepakan oleh Frank Lampard yang nyata betul-betul masuk dan keseluruhan bola melepasi garisan gol. Mungkin kalau gol tersebut diterima, semangat para pemain England akan membara kerana pada masa itu England mengasak pintu gol Jerman bertubi-tubi.
                     *mungkin ini apa yang dilihat oleh pengadil dari Uruguay tadi..Haha
 

Apa yang aku pertikaikan kat sini, mutu pengadilan yang ditunjukan pada World Cup 2010 kali ini. Terlalu banyak layangan kad dilakukan seolah-olah pengadil hanya menunjukan kuasa dan mahu dipandang tegas. Dimanakah perlawanan menarik yang patut ditonjolkan oleh setiap pasukan yang bertanding. Kadang-kadang, keputusan yang dibuat pengadil tidak setimpal dengan apa yang dilakukan oleh para pemain termasuk layang kad merah terhadap Microslav Klose sewaktu Jerman menentang Serbia pada 19 Jun yang lepas. Inikah mutu pngadilan yang FIFA tonjolkan?? tepuk dada sakit dada. Haha.

Sedang main facebook tadi, ada plak page pasal gol England yang dinafikan ini.. Leh usha kat sini. Cari-cari la jugak video gol england yang kontroversi ni dalam youtube, takde la orang upload lg.. Hehe. Kalau tak, leh share kan. Hehe.

Pssst: Bila la agaknya wakil pengadil Malaysia nak beraksi?? Hai la Subkhiddin, pegawai perlawanan keempat lagi la nampak gayanya. Hehe.

(baca seterusnya..)

Sunday, June 27, 2010

16 PASUKAN KE PUSINGAN KE-2 WORLD CUP 2010

Hye korang! Dalam sibuk-sibuk layan Piala Dunia ni pun, Aku sempat lagi nak update blog. Takde la ape sngt, just nak share 16 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati untuk World Cup 2010 kali ini la. Yang penting, pasukan faveret aku masuk pusingan kedua. Haha.Tak tahu pasukan feveret aku? tengok sini. Dan pasukan Italy dan Perancis tidak layak untuk ke pusingan seterusnya. Sesuatu yang diluar dugaan untuk finalis World Cup 2006. Time entri ni tulis pun, baru habis je match Uruguay dan Korea Selatan. Uruguay menang 2-1. Uruguay mungkin akan bertemu Ghana ataupun USA di suku akhir nanti.Entri yang pendek, tapi padat. Padat la sangat. Haha. Dah, jom usha untuk table 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua World Cup 2010 di Afrika Selatan.
                                                
      *Klik untuk tumbesaran yang sihat walafiat. Gamabr ihsan fifa.com.

Pssst: mintak-mintak la Portugal juara. Boleh ayam-ayam kan kawan-kawan aku. Haha
(baca seterusnya..)

Thursday, June 24, 2010

[UPDATE]SPONTAN MUSIM 2 [episod 3]


Hye korang! Tetiba rasa nak post pasal gameshow yang sedang ditayangkan kat Astro Warna Saluran 132 ni. Kalau ikut daripada musim lepas, gameshow ni adalah yang terbaik dan paling banyak rating dari kalangan banyak-banyak gameshow yang ada kat Malaysia ni. Kalau nak tengok gelagat pemain-pemain gameshow ni memang superb abis. Terbaik sangat! Tambah-tambah dulu kalau ada Arwah Din Beramboi dengan Zizan ni. Dorang la yang memeriahkan gameshow ni. Mari kita sedekahkan Al- Fatihah untuk Arwan Din ek..




Actually kepada yang tak tahu, gameshow 26 episod ini berkonsepkan program pementasan secara bersahaja berdasarkan situasi yang diberi diserikan lagi dengan kehadiran barisan selebriti komedi popular selaku pemain utama seperti Afdlin Shauki, Douglas Lim, dan juga para pelapis pelawak berbakat besar tanah air yang dicungkil melalui program realiti Raja Lawak Astro seperti Zizan dan Nabil. Gameshow ini juga turut menampilkan seorang selebriti yang akan dijemput khas untuk bergandingan dengan barisan pemain utama bagi melakonkan situasi yang diberi untuk setiap episod. Antara selebriti jemputan termasuklah Harith Iskandar, Noorkhiriah, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Angah Raja Lawak, Bob Kuman, Aziz M. Osman, Harun Salim Bachik dan Riezman Khuzaimi. Dengan mengekalkan Sharifah Shahira sebagai pengacara, gameshow ini bakal menyaksikan keletah dan gelagat para pemain melakonkan pelbagai sketsa yang perlu diolah secara spontan berdasarkan empat buah permainan atau segmen yang berubah setiap minggu secara rawak. (sumber:mstar)





Bagi mengenang jasa serta sebagai tanda penghormatan buat Arwah Din Beramboi yang pernah menjayakan program Spontan selaku barisan pemain utama dalam musim pertama, turut mewujudkan episod pertama untuk musim kedua ini khas kepada Arwah yang telah banyak mencurahkan idea dan pengisian menarik untuk memikat hati para penonton demi menjayakan program ini. Untuk episod ini, pemain akan bermain tiga buah permainan kegemaran Allahyarham iaitu Pemberita Berkepala Tiga, Beku serta Demonstrasi.Musim ini juga akan diadakan buat pertama kali Pingat Din Beramboi yang mana pemenang untuk setiap episod bakal memenangi Pingat Din Beramboi iaitu pingat istimewa yang berbentuk lakaran komik wajah arwah Din Beramboi. (sumber:mstar)

Yang berkesempatan untuk tengok, tengok la ea. aku kalau duduk kat rumah mesti tengok gameshow ni sebab aku memang minat hasil nukilan Afdlin Shauki ni. Aku kalau duduk kat U, memang download je spontan ni kat www.syok.org .

p/s: Penuh emosi ni taw taip etri ni. Semua ketentuan takdir. Bukan ape, just rindu sentuhan dye je. Huhu



UPDATE!!
LINK DOWNLOAD UNTUK SPONTAN MUSIN DUA

RAPIDSHARE-  

EPISODE 1

EPISOD 2


EPISOD 3

Pakai rapidshare lambat sikit. Kalau ada link untuk Mediafire, nanti aku update lain. Khas untuk bukan pelangan Astro Warna. Terima kasih kat TEAM ARYZS .
(baca seterusnya..)

Saturday, June 19, 2010

Video Robert Green Yang Sengal

Hye korang! Lama tak update kan. Musim World Cup la weyh. Saja je aku nak share video pasal aksi panas Keeper England dalam World Cup kali ni anatara England dengan USA. MemalukanSemalam pun England seri lagi. Kali ni dengan Algeria, 0-0. Pa la nak jadi dengan ko wahai Engaland. Haha. Jom layan!!

(baca seterusnya..)

Wednesday, June 16, 2010

Blogwalking dengan Wawwi Matrix

Hye korang! Musim-musim World Cup ni, susah la sikit nak update. Update pun kadang-kadang je. Haha. Tapi ikut la jugak perkembangan kat sini. Blogwalking tetap gak diteruskan ka. Kalau tak, susah nak menjana traffik ke blog sendiri ni. Haha.

Ramai antara korang mesti dah taw pasal Wawwi Matrix Blogwalking kan? Aku pun dah pasang widget tu. Tapi still dalam tahap eksperiment lagi. Kita Lihat dulu macaqm mana dye ber'operasi' ea..

Jom kita terjah sama itu Wawwi Matrix Blogwalking!!.

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.



Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah


Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.


Autospillover
Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.


Sistem Mata (Point)
Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.


Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata(jika upline melihat blog anda) dan dari 5 matahingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).



Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:



Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata



Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata.



Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.



Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata



Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.



Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.


Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata



Potensi Nilai Mata Referral
Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata
Jumlah keseluruhan: 43924 mata



Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog. Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.

Buat masa sekarang, sempena pelancaran sistem ni, Wawwi.com telah menganjurkan pertandingan menulis artikel pasal Wawwi Matrix BlogWalking dan Ganjaran/Hadiah yang ditawarkan ialah 5000 Mata Ganjaran, serta Tambahan 1 lebar Network. Tarikh tutup untuk pertandingan ini ialah 30 Jun 2010 11:59PM iaitu sebelum hari pelancaran widget ini pada 1 Julai 2010.

Selain itu, pelbagai pertandingan menanti untuk semua pengguna widget ini dan hadiahnya memang amat menarik. Untuk maklumat lanjut, jemputlah ke http://gengblogwalking.wawwi.com/ dan jangan lupa daftarkan nama anda sebagai pengguna widget ini juga. Widget ini berada di sidebar kanan. Skrol widget ni sampai jumpa seperti gambar ni.



Korang faham tak?? tak faham lagi?? Aku pun still blur lagi pasal benda ni. Kalau still blur, try tengok sini. Kredit kat Sis Dahlia. Tak pun, terus ke blog website dorang kat sini.


Pssst: Kalau lagi best kalau ada software yang tak yah log in pun leg blogwalking sendiri..hehe..
(baca seterusnya..)

Sunday, June 13, 2010

Tutorial : Scrolling Sidebar Widget

Hye korang! Dalam sibuk-sibuk World Cup ni pun,sempat aku update kan. Actually baru lepas tengok matck England vs USA. England main tak memenuhi citarasa aku langsung. Dengan keeper England, Si Green tu wat hal. Tangkap bola macam tangkap ayam. Ada ke patut. Haha. Eh, melalut lak. Aku bukan nak cerita pasal world cup la. Kalau cerita pasal world cup, g kat posting aku lepas kat sini ok! Hehe.




Haaa..Korang taw tak cam na nak buat macam yang aku buat kat sidebar tepi aku tu. Ala, yang banner bergerak-gerak tu. Actually sebelum ni aku memang la tak reti, aku tanya la tuna blog ni dan tak sangka lak dye buat entri khas untuk aku. Thanks Yang Suaz!

Korang tak dapat tangkap lagi yang mana satu?? Yang macam ni la..





Al-kisah


Create your own banner at mybannermaker.com!


Create your own banner at mybannermaker.com!
!


BANNER LINK WORDZ-SPACE


Create your own banner at mybannermaker.com!









NO 1111




Tujuan buat ni bukan ape, leh la jimatkan ruang blog korang tu dengan letak award ke, banner ke. kan2??

Kalau korang nak taw buat macam mana, sila lawat-lawat blog dye ek. N klik la nuffnang dye tanda penghargaan! Jangan lupa taw!






(baca seterusnya..)

Thursday, June 10, 2010

PORTUGAL PASUKAN PILIHAN?


Hye korang! Lagi satu hari je lagi kita akan mengalami satu demam yang kebanyakkan dari manusia kat dunia ini mungkin akan dijangkiti. Korang pun dah dapat predict demam apa tu kan. Kepada yang masih blur, or buat-buat tak tahu sudah semestila demam Piala Dunia 2010. Mungkin ramai diantara kawan-kawan blogger yang dah buat entri mengenai kejohanan bola sepak yang berprestij ni. Almaklumlah, 4 kali setahun je.

Aku juga tak terkecuali untuk merasa demam ni. Lepas ni kena minta maaf la yang kat tersayang, tak dapat nak tumpu dan fokus kat dye je. Lepas ni, orang tidur malam-malam, aku akan berjaga dan begitulah sebaliknya. Korang yang kaki bola mesti macam tu jugak kan. Yang bukan kaki bola tu, mesti bengang dan geram. Haha. Mesti banyak persiapan kan untuk Piala Dunia ni. Macam yang tak langgan Channel Sport kat Astro tu akan langgan jugak,yang selalu tengok kat kedai mamak ngan kawan-kawan dah set time dan tulis kat diari,beli jersey pasukan feveret masing-masing,hafal tiap-tiap match yang ada, majalah edisi Piala Dunia dan macam-macam la benda yang kuar khas untuk Piala Dunia ni.



Mula dah membebel panjang-panjang. Ok, untuk edisi Piala Dunia kali ini, aku dengan rasa bangga untuk menyokong pasukan Portugal. Actually, aku pun tak taw kenapa aku sokong team ni. Nak kata kuat, tak la kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan Brazil or Spain yang kebanyakkan diwakili oleh ramai bintang-bintang ternama.




Tapi tu tak bermakna Portugal tidak mempunya bintang ternama. Antaranya seperti Christiano Ronaldo dari Real Madrid. Mantap dye neyh. Haha. Rsanya dye ni menjadi tunjung kekuatan Portugal dan menyerlah untuk edisi kali ini.



Antara kesebelasan utama yang mungkin digunakan oleh jurulatih Portugal, Carlos Queiroz.




Jersey yang akan digunakan oleh pasukan Portugal. Merah untuk Home dan Putih untuk Away.




Iklan ESPN untuk pasukan Portugal. Ada maksud taw. yang kaki bola mesti taw punya.



Jadual perlawanan world cup.
Nak tengok jadual penuh & waktu Malaysia kat sini.

Versi PDF (720KB)
Versi Excel (2.47MB)
Jadual Siaran RTM

P/s: Apa persiapan bromine untuk Piala Dunia?


Hehe,,,

(baca seterusnya..)

Wednesday, June 09, 2010

VIDEO SEKS ARIEL PETERPAN DAN LUNAMAYA TERSEBAR?



Hye korang! lama tak posting. Entri panazzzz!! Kali ni nak posting ringkas je pasal video seks Ariel, Ahli Kumpulan Peterpan dengan LunaMaya ni. Sejauh mana kebenaran video ini tidak la dapat aku pastikan lagi. Untuk pengetahuan korang, Luna Maya telah menafikan video ni dengan menyatakan dye tidak ada tatoo di pinggul seperti yang ada didalam video tersebut. Yang Ariel plak, masih tidak dapat dihubungi.

Antara adegan-adegan yang ada :






Kalau korang nak tengok atau nak download leh email aku kat bromine90@gmail.com . Hanya untuk yang cukup umur sahaja! Aku akan bagi kan link untuk korang! Tapi dosa masing-masing yer. Aku tak terlibat. Yang tak berminat boleh tinggalkan entri ini dan baca entri yang lain..
Sekian.

Psst: Bandingkan gambar Luna Maya disini dan di dalam video.. Agak-agak sama tak????
(baca seterusnya..)
Related Posts with Thumbnails